Friday 25 February 2011

Lama betul

Tak tau apa jadi dengan aku sekarang. Sejak babah pindah, makin pemalas jadinya. Dah lama tak jenguk diluar dinding. Apa jadi kat luar pun aku tak tau.

Pukul 4.30 pagi bangun, masak untuk Aiman dan abang makan, pukul 6 pagi keluar kerja, pukul 6 petang sampai rumah. Tutup pintu kereta, buka pintu rumah, tutup pintu rumah, mandi, solat, sebok masak koman-koman untuk makan malam anak-anak (kalau lapar, aku tumpang juga tapi kalau tak lapar, masak untuk budak-budak berdua tu saja), masuk bilik semula, mandi, solat, tak keluar bilik dah. Esok pagi, rutin sama berlaku lagi.

Sabtu hari outing sebab babah ada kat rumah. Outing sampai petang atau malam. Macam-macam aktiviti outing. Melawat Aliah, balik kampung, jalan-jalan cari makan, cari barang. Penuh satu hari. Ahad, sebok pi pasar beli barang dapur seminggu sekali, masak sebab babah akan balik semula petang Ahad dan selepas babah balik, masa untuk rehat sekejab sebab masa ni ada pekerja Indonesia dok seterika baju. Aku malas nak keluar bilik, pi mai pi mai. Tunggu dia balik dulu, baru aku keluar. Dia balik pun dah pukul 7 malam, gelap dah. Jadi jadual ni tak pernah bertukar. Tak tau bila ada masa untuk kerja luar rumah. Mungkin bila anak-anak cuti nanti dan aku pun bercuti panjang juga. InsyaAllah. Atau tunggu babah dapat bertukar balik ke Penang. Ada la banyak masa sikit.

No comments: