Wednesday 23 February 2011

22 tahun penuh kemanisan



Alhamdulillah, telah 22 tahun aku melalui alam perkahwinan dengan bertahun-tahun tahun berkawan dan 4 tahun dialam pertunangan. Sesungguhnya dialah yang pertama dan harapnya yang terakhir untukku. Sayangku untuknya selamanya, selagi hayat dikandung badan.

Biasa lah, adat berumahtangga, ada manis dan pahit tapi segala kepahitan tidak sampai menenggelamkan yang manis. Dia seorang suami yang amat baik dan terlalu baik. Tiada kata secantik bahasa nak kupuji kekanda. Syukur, tuhan kurniakan apa yang aku nak. Tak lupa terimakasih untuk ayah bonda mertua kerana melahirkan dan memberikan aku anak lelaki mereka yang sangat mereka sayangi. Kata ibu mertuaku, anaknya yang ini tidak pernah menyakitkan hatinya. Alhamdulillah, syurgalah tempatmu suamiku kerana menjaga hati kedua ibubapamu.

Semuga kasih kita berkekalan. Kau bukan sempurna tapi kau adalah suami ku yang terbaik.

No comments: