Pagi tadi bertolak dari rumah macam biasa. Masuk saja dalam kereta, alamak, minyak kurang la pulak. . Lah..nak kena berhenti kat petrol station la pulak. Ni nak kena kejar masa ni, kalau tidak sah-sah la tak boleh kejar feri.
Pong pang pong pang...sampai la kat petrol station, isi minyak dan sah-sah la aku akan lambat. Sampai kat jeti dan nasib baik feri pula tak ada lagi. Selamat...Sekejab kemudian feri sampai 2 biji sekali. Aku pula entah kenapa rasa sangat mengantuk pagi tadi. Selalunya masuk feri, sempat la sekejab called babah dahulu sebelum tertidur dalam feri tu tapi pagi tadi, mati saja enjin,terus aku terlelap. Sampai termimpi-mimpi. Aku sedang berehat di tepi pantai dan air laut splash kat muka aku. Uish, nasib baik aku terjaga sebab rupanya dah sampai kat jeti Tanjung. Kalau dalam mimpi air laut tak splash, mungkin aku tak terjaga dan terpaksa pula pekerja feri tu kejutkan aku. Malu, malu. makcik keletihan dan tertidur dalam feri nak...
Sampai di hospital dalam pukul 7.15 pagi. Masa nak berjalan masuk, dekat foyer, terjumpa sorang pakcik berjalan dengan amat perlahan menggunakan tongkat. Kebetulan masa tu aku nak naik ketingkat satu dan dia sedang mencari klinik gigi yang berada satu aras dengan tempat kerjaku.Dia jalan ulangalik sebab tak jumpa jalan ke klinik tersebut. Agaknya tergerak hati dia nak tanya aku, klinik gigi tu kat mana dan aku minta dia ikut aku. Aku tersilap bertanya agaknya, pakcik datang sorang ke? Wah, dengan bangganya dia menjawab, yes, tak perlu nak minta pertolongan sesiapa. That is my principal. Aku teringat ayah dan ayah pun perangai lebih kurang macam tu. Selagi boleh buat sendiri, dia tak akan menyusahkan anak-anak.
Aku bawa pakcik tu ke lif dan tunggu dia disitu sebab dia berjalan amat perlahan. Aku smashed dia kat situ dengan mengatakan sesekali kita perlu juga meminta pertolongan orang dan dia jawab balik dia minta tolong aku sebab dia cari lif tak jumpa. Ada saja alasan dia dan aku agak dia ni gurubesar kot dulu. Selalunya cikgu ni tak akan hilang taringnya walaupun dah pencen lama pun.
Oleh kerana dia kata dia tak perlukan pertolongan aku lagi, aku tinggalkan dia kat simpang nak ke klinik tu dan terus ketempat kerja aku. Tak tau la apa jadi dengan dia selepas tu. InsyaAllah jika nanti aku jumpa lagi dengan dia, aku akan tolong juga walaupun dia tak perlukan pertolongan aku. Memang aku sangat-sangat teringatkan perangai ayah bila bercakap dengan pakcik tu. Harap-harap ayah juga akan mendapat pertolongan bila dia dimana-mana yang memerlukan pertolongan. Tuhan, jangan lah temukan ayah dengan orang yang tak bertimbangrasa dan sombong.
Naik sekejab, kemudian menghadiri mesyuarat multipurpose fund pula sampai pukul 9.30 pagi. Naik atas balik dan jeng-jeng apa yang aku makan pagi ni. Pulut kuning, roti jala, kuih bingka dan agar-agar lumut. Hua...mana dia diet yang semalam. Hancur sebab ada satu kakak kat tempat kerja aku buat kenduri dan paksa-paksa aku makan. Aku tak salah. Kakak tu dan makanan tu yang salah. Esok tak nak lagi cakap tentang diet.
Petang ada lagi satu CME. Jam 2.30-3.30petang. CME atau kursus ni penting untuk kami kakitangan kerajaan untuk mengumpul jam kredit sekurang-kurangnya 40 jam untuk kenaikan pangkat atau pekerja cemerlang. Kumpul dan masukkan dalam Mycpd. Entah la, macam-macam.
Petang, aku terima sample dari wad yang permintaannya tak cukup sempurna dan aku minta doktor ambik balik borang dan isi request form tu bagi betul. Wah, ini lagi satu manusia bebal yang tak layak jadi pegawai perubatan dari segi sikap, bukan dari segi pelajaran. Boleh dia datang dan merungut dia terpaksa naik turun untuk isi borang tu saja. Dah dia isi borang tak betul, kami pula nak disalahkan. Kami tak boleh buat pembetulan sesuka hati kat request form tu sebab jika timbul sesuatu kes, kami kena bertanggungjawab atas apa yang bukan tanggungjawab kami. Sebagai seorang doktor, mereka kena ambik risiko dan tahu bagaimana nak jadi doktor yang baik. Aku memang pantang kalau mereka bersungut begini. Aku terus jawab yang that is your responsibility. Kami tak boleh ambil risiko. Tanya pula aku bila result boleh dapat dan bila aku kata 3 minggu, boleh pula merungut yang kami tak ikut TAT.
Wahai doktor yang budiman(walaupun aku pasti 150% dia tak baca blog aku), lain kali tuan kena tanya dulu prosedur test tersebut dan bagaimana ianya diproses. Jangan serkap jarang seolah-olah menunjukkan kami tiada tanggungjawab untuk mempercepatkan test tersebut.Kalau nak jadi doktor, kaji dulu tanggungjawabnya dan pastikan kita tahu apa yang kita cakapkan. Memang sah-sah doktor ini akan menjadi doktor yang banyak merungut bila dia betul-betul jadi MO nanti. Sekarang ni baru HO dah banyak cekadaknya.Nampak sangat tiada pengetahuan dah nak tunjuk lagak.
Balik, macam biasa. entah kenapa kat Tanjung banyak sangat kereta hari ni. Agaknya raya cina masih berada dipuncaknya kot sebelum cap go meh.
p/s- selepas makan pagi tadi, aku cuma minum dan makan buah. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment