Monday 10 January 2011

10/01/2011



Dah 2,3 hari dah sakit tulang belikat. Hari Jumaat hari tu duduk lama sangat atas kerusi menyebabkan sakit sangat kat belakang.Sampai tak boleh beralih. Duduk salah, tidur salah semua salah. Berdiri atau berjalan tak sakit pula. Hari ni sebab dah 3 hari dah sakit, ingatkan dah elok, rupa-rupanya masih sakit lagi. Pergi kerja sekejab, jumpa doktor dan ambik cuti sakit satu hari. Esok harap-harapnya akan elok sikit.

Dalam perjalanan balik, aku nak kena selesaikan bayar income tax yang tak bayar tahun-tahun dulu. Berapa kali dok minta tolong babah bayar tapi rupanya dia tak bayar pun. Ha, sekali tertunggak, ribu-ribu nak kena keluar. Terpaksa la pi bayar dulu dan dalam kereta, aduh sakit sangat.lambat pula nak sampai rumah.

Aiman pula kena batuk dan selsema. Singgah farmasi beli ubat kat Aiman dulu. Tak masak apa-apa tengahari ni sebab pagi tadi dah masak dah untuk tinggal kat Aiman. Makan saja apa yang ada.

No comments: