Monday, 3 January 2011

Hari Pertama di tahun baru


Bukan hari pertama 1 haribulan tetapi hari pertama bekerja ditahun baru.Seperti biasa keluar rumah agak awal dengan harapan dapat tangkap feri 6.30 pagi. Malangnya  hari ni feri tersangat lambat dan rasanya feri tu saja yang pergi balik sebab aku tak nampak feri lain. Maka tunggulah aku hingga 6.45 pagi. Naik feri dan sah-sah la sampai sebelah pulau lebih pukul 7 pagi. Kelamkabut sebab aku masuk jam 7.30 pagi tapi relax juga sebab sambil pandu kereta sambil dengar panggilan hangit.

Hari ni baru terhegeh-hegeh nak siapkan buku rekod untuk 2011 sedangkan masa akhir tahun hari tu bukannya banyak kerja sangat pun.Lepas tu hari ni lah juga nak buat reten bulanan. Lepas tu hari ni lah juga nak buat kerja-kerja biasa. macam lah sebok sangat hari ni.

Masa balik pula, tersangatlah banyaknya kenderaan. Port jem biasa di Pulau Pinang ni ialah Jalan Masjid Negeri. Wah, hampir setengah jam aku disitu dimana selalunya ambil masa cuma 5 atau 10 minit utuk keluar dari jalan tu. Bukannya jem sebab apa pun, cuma kenderaan banyak saja.


Melepasi jalan tu, aku terjem pula kat jalan nak naik ke jambatan. Satu bala lagi. Pukul 5 petang masih dekat pulau. Apa akan jadi nanti ke susur keluar Seberang jaya?


Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke rumah sebelum 6.30 petang. Aku balik awal nak mengelakkan kesesakan tetapi terpaksa juga hadapinya. Kalau aku keluar jam 5 petang, lagi teruk jemnya.


Malam ni tukang masak cuma masak nasi goreng untuk dua orang anak bujangku itu. Alhamdulillah, Aiman suka apa saja yang aku masak. Terimakasih. Malam-malam ni tukang masak malas nak beria masak sebab nanti anak tak makan, situkang masak pula yang lebih. Malam ni aku cuma makan persimon itupun sebab nak makan ubat.

Aiman tolong basuh baju. Terimakasih lagi sekali. Aiman dah lebih bertanggungjawab tahun ini sebab tak perlu suruh, dia dah buat dulu. Anak mama dah lebih besar sekarang walaupun badan semakin mengecil.

No comments: