Sunday, 2 January 2011

Fikir-fikir lagi

Hari ni tukang masak, masak kari ikan, sambal tumis udang petai, sayur campur dan ayam goreng untuk makan tengahari tadi. Alhamdulillah, kenyang. Aliah tak bawa balik lauk dan nasi minggu ni jadi tak la kalut sangat nak isi dalam sia dia. minggu depan mama bawa Sherperd pie pi kat adik ya?

Malam ni tukang masak goreng saja nasi lebihan tadi dan habis. Alhamdulillah juga. Makan dengan kari tengahari tadi Ok la, habis dah nasi dan esok Aiman dah start sekolah semula. Sekarang dok fikir, nak masak apa esok pagi untuk dia makan sampai tengahari sebab dia tak makan dikantin sekolah. Aku kena fikir setiap hari makanan yang boleh mengeyangkan dia hingga petang. Dia sekolah petang.
So, esok pagi baru lampu akan muncul. masa kelamkabut, masa tu la ingat nak buat itu, buat ini.

Dah dua ekor cik siti masuk perangkap. Geli la aku tapi Aiman suka,siap bagi makan lagi. Kesian nak bunuh dia, babah pergi buang kat tempat yang agak-agak dia boleh makan. Selamat la kau wahai cik siti.

No comments: