Sunday, 9 January 2011

9/1/2011

Tengahari ni makan tengahari lauk bebas. Tak ada permintaan. jadi apa lagi, sesuka hati mama la. Babah pun ikut mama juga. Anak-anak pun tak ada permintaan. Oleh sebab tengahari ni yang selalu minta tu tak balik, mama masak apa yang babah suka, Aiman dan abang suka. Sherped pai, lain kali bila sayang mama balik ok.

Gulai perut kitab, lauk yang babah suka bila makan kat kedai makan yang jual nasi padang. Menepati selera babah tapi resepi aku main campak-campak. Tak pernah sukat betul-betul. Nanti aku cuba letak resepi betul-betul untuk panduan anak-anak cucu.

Bahan-bahannya:
1/2 kg perut kitab (aku beli kat carrefour yang dah siap packet)
balik basuh, rebus dulu sampai empuk.
Bila empuk, buang air dan cuci lagi sekali untuk buang baunya.
2 senduk  cili kisar yang dah aku kisar + bawang merah, bawang putih
seinci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai
(Semua bahan diatas, kisar sekali lagi)
3 biji kentang
semangkuk santan
sekeping asam keping
gula, garam untuk perasa
sesenduk minyak masak

Cara-caranya:
Tumis campuran cili hingga garing, kemudian masukkan perut tadi.Kemudian masukkan kentang yang dipotong 2.Masukkan asam keping untuk rasa masam sedikit dan boleh juga hilangkan bau perut. Kemudian letak lah santan pekat. Agak-agak pekat, letak garam dan gula. Bila dah masak, sedia untuk dihidangkan. Masakan ni pekat sikit, baru sedap.

Hari ni maid iron baju tak datang. Abang ambik alih sebab kebetulan aku tak berapa sihat. Upah la sebab kesian kat dia. Kain baju banyak dia nak kena iron. Lepas tu kami mengusik dia nanti tak payah lagi la maid tu datang iron baju. Tak mau dah sebab penat dia iron baju. Baru dia tau iron baju tu penat. Selama ni dia ingat senang nak iron baju.

No comments: