Tuesday 30 November 2010

Sakit

Aku antara orang yang dulu menerima keputusan doktor tentang penyakit dia. Masa tu dia benar-benar tertekan dengan keadaan tempat kerja dan dalam masa yang sama dia dapat keputusan itu. Aku tak tau apa yang dapat aku katakan melainkan bersabar saja. Dia memang kuat dan tabah. Sangat-sangat tabah.

Tempat kerja lama, banyak permainan politik. Aku pun terkena tempiasnya tapi dia lagi kesian. Diperlakukan seperti bukan pada tempatnya. Bila ada kelapangan, bilik akulah tempatnya meluah perasaan. Masa tu dia dah sakit. Ketua jabatan tempat lama sangat perihatin dan meminjam dia bertugas ditempat yang berdekatan dengan rumahnya untuk mengurangkan bebanan berulang alik ke tempat kerja yang jauh tapi apa yang dia dapat apabila bertukar. Hati yang sakit dan rasa yang sangat sedih dengan layanan orang bawahan yang berlagak lebih atas dari dia. Dia juga sangat sabar. Tiada apa-apa yang dilakukan melainkan bersabar walaupun haknya sebagai pegawai atasan dinafi. Aku pula yang sakit hati sebab aku bukan dia. Dia boleh bertahan dan seorang perempuan itu sangat lah busuk hati. Tak beri peluang langsung pada dia.Akhirnya dia meminta kembali ke tempat lama. Tak mengapa walaupun sebok asalkan hatinya senang.

Kebetulan beberapa bulan kemudian, aku juga ditukarkan mengikut dia. Tak apa, aku pun rela kerana perempuan itu benar-benar mengganggu hidup dan kerjaku.

Hari tu, aku diberitahu dia akan menjalani satu prosedur baru sebab disyaki ada sesuatu kat buah pinggangnya. Dia ke HSB sebab kesnya dikendali oleh HSB. Selepas MC sehari dua, dia balik bekerja semula dan aku diberitahu ada sesuatu yang tumbuh dari kesan radiotherapy hari tu kat buah pinggangnya.

Sekali lagi dia diberi pilihan untuk menjalankan salah satu prosedur dan dia memilih satu yang lebih senang untuk ditanggung badannya. Aku menunggu juga kedatangannya ke jabatan sebab katanya dia dah menjalani rawatan tersebut dan MC pun sikit saja. Tapi sampai semalam, aku tak jumpa dia hingga akhirnya aku diberitahu dia masuk pula ke wad HPP. Katanya rawatan hari tu tersilap. Aku dengar dari orang lain, lupa pula nak tanya dia sendiri.

Petang tadi aku dan Puan Kam pergi melawat dia. Puan Kam dah sedih dan terharu tapi kami tak boleh tunjukkan didepan dia sebab dia orang yang sangat sabar dan tabah. Kami juga mesti tabah walau apa pun keadaannya. Sebenarnya semasa kami sampai, dia sedang tidur, jadi keadaannya mestilah nampak lebih teruk. Kami ada bertanya tentang prosedur yang dia ambil dan aku tak dapat tangkap dengan lebih banyak sebab masa tu doktor sedang memeriksa pesakit dari satu katil kesatu katil dan cuma satu katil lagi menghampiri dia.

Malang juga nasib dia sebab ibunya juga dimasukkan ke HSJ kerana ketumbuhan yang belum dikenal pasti di perut. Dia masih ada dua anak yang masih kecil dirumah. Masih bersekolah rendah. Anak-anak ditinggalkan sendirian sebab nenek dan ibu di rumah sakit. Kakaknya masih belum kembali dari Makkah. Suaminya terpaksa berulangalik antara dirinya dan ibunya.

Doaku untuk nya semuga tuhan memberi lebih ketabahan untuk dia mengharungi keadaan ini. Tuhan tak akan menduga hambanya jika mereka tak mampu menghadapinya. Dia adalah kawan yang sangat baik walaupun dia pegawai atasanku. Tidak ada jurang antara kami ditempat kerja dan semua staff mikro  menyayanginya.

 لاَ بَأْسَ طَهُوْرٌ إِنْ شَاءَ اللهُ.147. “Tidak mengapa semoga sakitmu ini membuat dosamu bersih. InsyaAllah.

أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ. 148. “Aku mohon kepada Allah Yang Maha Agung Tuhan yg menguasai arasy yang agung agar menyembuhkan penyakitmu.

No comments: