Thursday 25 November 2010

Senang je nak buat mama gembira



Tak susah nak buat mama gembira sayang. Mama tak perlu nak berleter, tak perlu nak suruh dengan nada suara tinggi, tak perlu buat apa yang anak-anak tak suka. Sebagaimana anak-anak tak suka, mama juga tak suka bermasam muka dengan anak-anak mama.

sambungan khas untuk acik sapinat dan jari jemari...

Mama dah cakap, tak susah nak buat mama gembira. Pagi-pagi, mama bangun masak, tinggal siap-siap untuk anak-anak makan pagi atau sampai ketengahari. Kadang-kadang, mama tak sempat nak berkemas, jadi anak-anak mama tolong kemaskan. Basuh pinggan mangkuk atau periuk belanga yang mama tinggalkan. Kalau sempat, mama clear semua sekali, tidak ada masalah tapi kalau tak sempat mama akan tinggalkan sebab mama kena keluar pukul 6 pagi. Kalau mama bangun lambat sikit, lebih dari 4.30 pagi, anak-anak mama tau mama memang tak sempat nak kemas kalau masak nasi lemak ke atau susah-susah sikit yang anak-anak nak makan. Ok satu hal mama senang hati kalau mama balik, dapur semua clear. Lega kepala otak mama.Mama pun tak payah nak potpetpotpet kan?

Keduanya, mama suka kalau mama balik, anak-anak mama dah siap basuh pakaian. Tak ada pakaian bertimbun dalam raga yang belum berbasuh. Senang hati walaupun anak-anak tak iron pakaian tu. Selesai 2 kerja mama. Mama senyum lebar kali kedua.

Ketiga, bila mama balik, suratkabar siap bersusun. Majalah tak berselerak. Tersusun kemas. Sejuk hati mama. Bantal-bantal dan kusyen kat depan TV teratur letaknya. Mama sangat senang hati. Macam nak peluk cium anak-anak ketat-ketat menunjukkan betapa mama sangat-sangat berterimakasih atas bantuan anak-anak.

Lain-lainnya mama tak kisah sangat. Kalau anak-anak mama buat,mama anggap ianya sebagai bonus biarpun sampah disapu sekali atau dua kali seminggu. Itu pun mama yang sapu.

Bilik mama tak diceroboh sebab mama heran dengan Aiman khasnya, suka sangat landing dalam bilik mama padahal semua dalam bilik Aiman pun complete. Kadang-kadang mama suka meletak barang peribadi mama merata-rata, sebab tu mama tak nak Aiman masuk bilik mama bila mama tak ada di rumah.

Cukuplah perkara itu saja pun dah membuatkan mama sangat-sangat berterimakasih dan sangat-sangat menghargai bantuan anak-anak. Mama pun dah lama tak berleter kan? Anak-anak mama tak suka kan, mama bising-bising. Mma pun bukannya suka bising sebab anak-anak tau kadangkala mama memang malas nak bercakap. Jadi kita give and take.Anak-anak mama buat saja apa yang mama suka dan mama tak berleter. Deal.

Itu yang mama nak cakap sebab kebelakangan ni Aiman dan kakak banyak tolong mama. Mama dah tak payah sebok-sebok mengemas lagi bila balik kerja. Abang pun tolong juga tapi sekarang abang belum bercuti, jadi abang cuma tolong mama sikit-sikit saja. Kakak tolong mama banyak sangat dan Aiman bantu kakak. Bulan 12 kakak dah nak balik kolej jadi sementara kakak ada ni, kakak boleh la tolong mama.

Terimakasih anak-anak mama yang mama sayang.

7 comments:

Pnut said...

ni pasai apa ni?? tak berapa jelas...eheheh kepochi sungguh saya ni..ehehehe

Unknown said...

Ya JS setuju dgn Pnut!!! Apahal ni muuhahahha...

Hayati said...

Cerita tak habis lagi daaa...

Anonymous said...

huhu sedihnye bila baca. terigt time duk umh. sy masih blaja jd jarang ada kat umah. cuti panjang baru melekat smpai xkuar lak. tiap kali nk balik klj mesti mak sy sebut, "nanti siapala nak tolong umi basuh kain". sedih2

Hajjah Suri said...

Salam Yati. Bab bilik mama diceroboh, rasanya anak-anak suka bilik ibu kerana ada 'bau' ibu. Sebagaimana bila kita berkeluarga sendiri, rumah ayah ibu ada 'bau ayah ibu'.
Kak Su dibesarkan dengan disiplin ketat, tidak dibenarkan memasuki bilik ibu. Walau ibu tak de, kami takut masuk, seolah-olah mata ibu memerhati. Bilik ibu pejabat ibu, situ typewriter, koleksi buku, majalah, scrapbooks dan diari. Sesekali masuk bila ibu panggil ke bilik ibu, terasa nyaman hati, istimewa perasaan. Sampai sekarang balik Johor Bahru, masuk bilik ibu tetap erat rasa takut itu.
Anak-anak Kak Su dibesarkan menghormati bilik ibu dan barang-barang ibu, tetapi boleh keluar masuk. Begitu pun tidak kerap, sebab nanti mak 'mengamuk' kalau ada yang hilang, selalunya buku atau buku nota, gadjet2 ibu, beralih tempat. Laptop kalau terpasang, anak-anak tak berani usik kecuali ibu suruh tengokkan. Sesekali Khadijah balik, Kak Su tahu, dia ada special feeling pada bilik ibu, suka landing relax kat bilik ibu, masa ibu di bilik laa. Bila dia balik rumah, kat pintu pernah terdengar dia kata, " Hmm bestnya, bau rumah mak abah. "

Hayati said...

Untuk Anoni, hargailah ibu sementara masih ada ni sebagaimana ibu amat menghargai kalau anak-anak menolong walau sedikit pun. Tak gitu...

Hayati said...

Kak Su, barangkali apa yang kak Su kata tu betul sebab sikecik(walaupun dah besar, saya tetap menganggap dia kecik) saya tu suka sangat landing-landing dalam bilik kami. Kadang-kadang saya nak mandi pun susah sebab dia dah besar (part ni dia besar la pulak.)