Wednesday 1 December 2010

Sengsara dijalanraya hari ni....

Pagi tadi Puan Law called aku bagitau ibu Puan Najah dah meninggal dunia. Terkejut sebab baru saja aku mendengar dia sakit. Pukul 9.30 pagi, kami- Miss Keah, Dr. Siti, Puan Hasnah dan Puan Laila bersama-sama menziarahi jenazah. Alhamdulillah, berseri wajah ibu Puan Najah. Penderitaannya pun tak lama. Tuhan mudahkan segalanya untuk Puan Najah.

Petang ni perjalanan balik amat menakutkan aku. Jalanraya selepas jambatan, penuh dengan lori-lori besar. Lori kontena, lori minyak, lori barang, semuanya besar-besar. Kebetulan juga aku kehabisan duit dan terpaksa singgah ATM kat TESCO.

Singgah TESCO, ambik duit, beli sedikit KFC untuk anak-anak, terus keluar. Ya Rabbi, penuh pula jalan dengan motor. Tak tau la, aku sangat takut dengan motor dan lori besar. Kat Penang, lori besar menguasai jalanraya bila mereka di atas jalanraya. Semua berebut-rebut, potong memotong dan ambil jalan kiri kanan macam tiada kenderaan lain masa tu. Aku masih trauma dengan kemalangan hari tu, bertambah-tambah takutlah jadinya. Sangat laju. Tak tau lah kenapa, masa orang balik kerja, masa tu la lori-lori tu bersepah atas jalan.

Masa aku keluar dari TESCO, jam hampir 5.30 petang dan aku tau masa ni pekerja-pekerja kilang, bengkel dan kedai-kedai sekitar Penang ni keluar dari tempat kerja masing-masing dan banyaklah motosikal juga diatas jalan. Bawa motor bersimpang siur, lebih kurang saja dengan lori besar tu, menyelit celah kereta, celah lori, memotong tanpa pandang kiri kanan, bawa motor ketengah jalan sedangkan apalah salahnya kalau mereka tunggang dari tepi saja sebab jalan tepi pun luas. Masa tu macam-macam bermain difikiran. Kalaulah mereka berlanggar atau terlanggar, bagaimana keluarga yang ditinggalkan. Aku rasa kebanyakan motor tu, kalau melanggar atau dilanggar, memang tak akan selamat.

Alhamdulillah, akhirnya aku selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Terlepas sengsara hari ni.

No comments: