Sunday 31 October 2010

Senang Hati

Rasa lega sangat-sangat bila segala urusan selesai. Walaupun aku kurang sihat, aku cuba juga selesaikan sebab babah ada bersama-sama untuk jadi pemandu bawa kemana saja aku nak pergi.

Bangun pagi tadi, aku terus saja masak nasi sebab cuti 4 hari ni, aku tak masak betul-betul untuk makan tengahari. Kebetulan hari ni dah sihat dan ada batuk-batuk saja, aku masak permintaan suami dan anak-anak sejak minggu lepas. Babah nak masak air buah labu air, anak-anak suka sup daging dan aku juga masak sayur bunga kubis dan brokoli yang dibeli dari minggu lepas dan dah nak layu dah, goreng telur dadar, sambal belacan yang aku minta kat Seha hari tu, ulam timun dan kerabu tomato.Ha... pagi-pagi dah makan nasi berhidang segala. Alhamdulillah juga. Puas hati aku dapat juga tunaikan permintaan mereka semua. Aku sangat berpuashati kalau aku dapat tunaikan permintaan orang.

Lepas makan pagi merangkap makan tengahari tadi,  kami keluar ke Pendang, bayar denda polis. RM 300 sebab salah aku, langgar belakang orang. Mungkin itu duit orang yang dipinjamkan untuk aku pegang sekejab dan sampai masanya, aku kena keluarkan untuk bagi kat orang tu semula. Lepas balik dari bayar denda tu, kami ada perancangan lain tapi melilau sana-sini, dah jam 2 petang lebih, balik rumah dulu dan buat apa yang patut sebelum keluar semula dan pergi ke KB untuk bank in duit kereta. Lepas bank in, kami terus ke Sg Dua sebab ada urusan pula disitu. Dok situ dalam satu jam, kemudian balik.

Dah beberapa minggu dah, asyik sebok saja. Kalau tak sebok pula, aku tak sihat. Rumah dah lama sangat tak berkemas. Sapu sampah pun kat dapur saja. Esok dah kerja balik semula. Aku harap, Jumaat nanti tiada gangguan apa-apa lagi untuk aku kemaskan rumah.Kalaulah rumah aku ada budak-budak kecik, agaknya dah lama jadi kapal karam. Tapi sebab tak ada budak kecik, habuk dah sampah-sampah kecik saja la yang aku nak kena selesaikan nanti.

No comments: