Sunday 24 October 2010

Nasi Sila

Semasa dalam perjalanan balik dari ambik babah malam tu, kami bincang nak makan dimana. Oleh sebab semua tempat makan rasa macam dah biasa kami pi makan, kami berubah angin nak cuba makan di restoren nasi sila di Lahar Kepar. Restoran ni sangat popular di sini.
Sebenarnya kat tepi tu ramai pelanggan yang sedang beratur tapi sebab nak juga merasanya,babah pun tumpang beratur sekali. 
 Nampak tak barisan pelanggan yang beratur dan meja makan yang banyak tu? Masing-masing sedang menunggu giliran.


 Keadaannya semasa kami berada disana malam tu.
 Ini adalah apa yang babah order untuk kami makan malam tu. Dah agak lewat tapi memang restoran ini menghidangkan cuma nasi, maka ini adalah antara lauk yang di pesan. Beratur, pilih lauk dan dia akan sendukkan. Bawa kemeja, makan, kemudian baru bayar. Sebelum itu, sementara babah beratur, aku booking meja dulu dan masa tu ambik pesanan air.
Babah sedang makan dengan berselera. Katanya lapar. Betul lah tu. Aku pun lapar sebab tak makan dari pagi lagi. Maka, sedaplah juga lauknya.

Bila perut dah agak kenyang, baru lah aku rasa bahawa sebenarnya lauknya biasa saja. Lebih la sedap dari kedai makan yang tak sedap cuma istimewanya lauknya panas-panas. Ayam goreng panas, ikan goreng panas dan kari pun panas. Harganya tak lah mahal sangat. Semua yang kami makan tu kena charge RM 17 lebih kot. Ok lah dengan lauk-lauk yang panas tu.

Masa balik, aku tanya sorang pelanggan berbangsa cina, adakah dia selalu makan kat situ. Bukan apa, aku kepochi nak tau kenapa ramai sangat orang makan sedangkan lauknya so so saja. kata dia, husband dia suka ayam goreng disitu. mana tak sedapnya, ayam goreng panas.Kat rumah selalu makan lauk sejuk sebab kita masak dulu, lama kemudian baru makan.

Bagi aku, aku bagi 3* saja untuk kedai ni bagi rasanya dan 4* layananya sebab cepat walaupun beratur panjang dan 5* untuk makanan panas. Jadi, kalau rasa nak makan lauk biasa dan panas, jemputla ke kedai nasi sila , Lahar Kepar, Kepala Batas.

No comments: