Sunday 24 October 2010

InsyaAllah

Hari Jumaat petang aku balik awal sebab nak uruskan pasal kereta dengan bank. Balik sampai masih awal sebab keluar saja 12.15, aku terus menuju ke tanah besar. Sampai bank awal dan urusan pula menjadi mudah sangat. Ambil duit situ, masuk sini, pergi situ, letak sini. Sekejab saja dah selesai tapi lebih dari pukul 3 petang. Nak pergi kerja balik dah tak sesuai dah sebab bila aku sampai saja nanti dah dekat jam 4.30 petang . Aku balik pun jam 4.30.

Jadi aku terus saja ke pusat rawatan dan dengan rasa takut ni sebab dah lama tak timbang berat badan selepas kemalangan hari tu. Dah 2 bulan lebih aku tak ambil rawatan. Ada-ada saja masalah yang timbul. Aku ingat tentu bertambah paling kurang pun 3-4 kg sebab makan tak ingat punya sejak dari bulan puasa hingga hari terakhir aku nak pergi ambik rawatan tu. Tapi Alhamdulillah, berat tak naik langsung walaupun tak turun.

Ambik rawatan awal sikit sebab nanti nak tunggu ambik babah terus. Babah sampai dari KL agak awal. Tak tau lah berapa km/hr kawan dia pecut sampaikan cepat sungguh sampai.

Hari Sabtu seperti biasa, hari yang sebok. Babah ada appointment dengan pegawai bank dan aku ada ahal aku sendiri. Ingat nak keluar dalam pukul 10 lebih tapi sebab babah dah dapat called, kami keluar awal sikit. Selesaikan urusan dengan pegawai bank tersebut, pergi beli barang dapur lagi, balik singgah pula kat syarikat kereta, selesaikan urusan jual beli, keluar lagi ke rumah kawan satu tempat kerja dulu dan selesaikan urusan dengan dia pula dan terus balik rumah. Janji dengan Aliah nak buat nasi lemak. Balik, terus angkat periuk, masak nasi dan lauk dan selesai sebelum 3 petang.

Kemudian keluar pula menuju ke Taman Bukit Indah, Jitra. Selesai pula urusan disitu dan terus ke tempat Aliah. Sampai dah lewat dan kami ambil keputusan akan balik kampung minggu depan saja. Minggu ni, kami tak singgah mana-mana. Satu hala saja dan kemudian terus hala balik ke Penaga.  Letih dan tak sempat jumpa ayah lagi. Minggu depan, InsyaAllah, kami akan balik. Dah rindu sangat dengan ayah. Jumpa hari tu pun sekejab saja. janji dengan adik, akan balik juga nanti.

Hari Ahad, ingatkan segala hal kat luar dah selesai tapi tak juga selesai. Keluar lagi dan balik agak awal sikit tapi aku dah malas nak masak. Babah dan abang makan burger, Aiman makan nasi ayam dan aku makan saja pulut breakfast pagi tadi. Sekarang rehat sekejab sebelum keluar dan mengemas pula nanti.

InsyaAllah, urusan insuran dan pembelian kenderaan baru untuk kami dah selesai. Sekarang menunggu untuk menerimanya dan memandunya. Doakan yang terbaik untuk kami. Sesungguhnya segala yang Allah tetapkan adalah yang terbaik untuk umatnya. Amin.

No comments: