Saturday 16 October 2010

Terimakasih mak ayah

Malam ni macam bersemangat lebih nak update blog tambah-tambah lagi bila bercerita tentang emak. Emak sebenarnya dah tiada lagi. Bila aku mula cerita tentang mak, banyak rupanya kenangan aku dengan mak. Bukan banyak apa, banyak kena marah sebab masa kecik, buat kerja bukan dengan akal tapi dengan perasaan. Kalau mak marah, dan dan tu minta doa bagi mak mati. Sekarang ni mak betul-betul dah tak ada. selepas mak tak ada lagi, segala-galanya dah tak macam dulu lagi. Sekarang ni raya pun dah tak syok. Nasib baik aku masih ada mak mertua.
sumber pakcik google juga

.
Benda yang paling mak suka marah aku ialah bila aku degil. Standard la mak marah bila anak degil. Mak mana yang nak mengusap kepala anak dia dengan penuh kasih sayang kalau anak ketegark kan? Aku pernah sekali kena rotan dengan lidi penyapu sampai terkencing. Lain-lainnya mak cuma marah saja tapi marah mak cukup berbisa. Macam-macam yang keluar.

Dulu-dulu kalau ada boyfriend mana boleh cerita kat mak ayah. Nak cari nahas kalau mak ayah tau. Mak pernah tak tidur malam sebab ternampak aku dengan babah atas bas. Tu pun kebetulan kami ternaik bas yang sama. Mana berani dating dulu-dulu ni. Nak kena kerat kepala, cuba la pi dating tengok. Mak takut anak dia buat jahat, nanti jenuh nak menanggung malu. Ayat biasa ialah, hang tu pompuan, nanti buncit, sapa yang malu. Anak mak ni mana lah jahat mak. Nak pi dating pun takut, macam mana la nak buat kerja tak senonoh tu. Aku juga berterimakasih sangat-sangat kat mak ayah sebab jaga aku dengan sangat-sangat baik sampaikan nak pi rumah jiran seberang parit pun tak bagi. Takut sungguh aku jadi jahat. macam mana la kalau mak masih ada la ni dok tengok perangai tak senonoh budak-budak la ni. Agaknya beristighfar panjang dia.

Setiap hari ada saja perangai aku yang tak berkenan dimata dia. Semua tak senonoh, semua tak bagus. Tapi kalau aku bandingkan perangai aku dengan perangai anak-anak aku la ni, perangai aku lagi 98% bagus dari depa. Aku diajar bertanggungjawab sejak dulu lagi. Kecik-kecik dah ada peranan dalam keluarga. Masa form 5, mak dah tak masuk dapur lagi dah, semua harap kat aku. Walaupun aku masak sesuka hati aku dan kalau aku ingat balik masakan aku entah apa-apa tu, mak tetap juga dok harap aku masak.

Mana ada peluang macam budak-budak la ni yang bila nak exam, mak tak suruh buat apa dah. Belajar, belajar dan belajar walaupun entah betul atau tidak depa belajar. Aku dulu sebelum pi ambik exam kena masak dulu. Exam pukul 11 pagi, aku kena masak awal-awal. Aku pun tak tau apa yang aku masak. Tapi aku memang masak untuk semua orang makan. Benda ni memang pekat melekat dalam kepala otak sampai sekarang. Aku tak pernah tinggalkan anak-anak tanpa makanan. Sebelum keluar, aku pastikan makanan ada untuk mereka.

Dulu kalau ayah nak pergi kursus atau pi outstation mana-mana, aku akan gilap kasut ayah, sediakan baju ayah bersama-sama mak, siap letak dalam beg. Ayah dulu macam raja. Pi mana-mana, apa pun tak payah siapkan. Aku dan mak akan sediakan semua. Ayah tinggal angkat beg saja. Nasib baik bila kawin, babah tak suka aku sediakan pakaian dia. Kata dia hanya dia yang tau apa yang dia nak guna nanti. Baju aku pun kadang-kadang dia tolong sediakan. Kesabaran ada balasannya. Terimakasih babah.

Oleh sebab aku ni ketegark, mak memang nampak sangat tak suka kat aku. (masa tu memang aku perasan macam tu la. tapi aku tak sedar, mak marah sebab aku ketegark). Mak layan abang lebih sebab abang anak lelaki mak sorang. Mak suka kata abang tu waris dia. Masin mulut mak, abang memang jaga mak sampai mak meninggal. Abang dan kakak ipar.Aku? Aku dok belajar dan jarang-jarang balik. Patutla mak pun dari awal dah tau aku tak jaga dia masa dia sakit.

Tapi aku sangat berterimakasih kat ayah dan mak terutama mak sebab jaga aku dengan garangnya hinggakan aku langsung tak dak peluang nak buat jahat sikit pun. Agaknya kalau lah depa lepaskan aku tanpa pengawasan, apa akan jadi dengan aku. Apakah aku akan jadi jahat? No no no, rasanya tidak tapi mungkin sedikit nakal kot.

Selepas aku kawin dan dapat anak, aku baru tau sebenarnya rasa kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak yang tak pernah berbeza. cuma perbezaaannya ialah bila ada anak yang mendengar kata, layanan yang diterima lebih lembut dan bila anak lebih degil, tune dan volume jadi lebih kuat. Hakikatnya kasih sayang tetap sama hingga bila-bila.

No comments: