Friday 15 October 2010

Bangun Awal

Pulut ikan masin
sumber gambar dari pakcik google
Aku masih ingat sangat-sangat macam mana mak latih kami supaya setiap hari bangun awal. Dulu mak ke sawah setiap hari terutama bila musim menanam padi, dan menuai. Mak mesti pergi awal sebab mak kena habiskan untuk sesi pagi sebanyak yang boleh sebelum sambung pula di petang hari. Itu lah kerja mak dan kakak keduaku serta abang setiap hari. Ayah pula kadang-kadang saja akan pergi sebab banyak kerja luar menanti.

Mak akan bangun pagi seawal jam lima. Kadang-kadang lebih awal dari tu. Mak setiap hari akan sediakan set nasi, ikan masin goreng, sambal tumis kosong atau pulut, ikan masin dan kelapa parut putih. Itulah rasanya makanan mak setiap hari kalau hari dia ke sawah. Kami di rumah pun akan makan benda yang sama dan tiada pantang larang langsung dalam makanan. Kami tiada masalah kegemukan atau darah tinggi atau kencing manis. Masa tu la. Orang kampung pun jarang sangat nak jumpa penyakit macam tu. Makan semua makanan berat tapi kemungkinan tenaga juga banyak yang dihabiskan setiap hari. Pagi nasi, tengahari nasi, malam pun tetap makan nasi. Itu saja makanan kami.

Oleh sebab mak bangun awal, kami semua terpaksa bangun awal sebab selain dari kewajiban setiap pagi untuk solat Suboh, aku pula terpaksa sambung kerja dapur yang mak tinggalkan. Masa tu tiada air paip maka aku akan angkut air dari telaga. Jauh juga. Sekarang ni aku pun hairan macam mana aku boleh buat kerja tu semua dengan dua tangan angkat baldi sebab kalau baldi dua lebih cepat air penuh dalam tempat air kat dapur kami. Boleh basuh pinggan, masak nasi dan buat apa yang sepatutnya dengan air tersebut.

Kalau mula kerja awal, awal la akan habis kan? Lepas tu pukul 9 pagi, basuh kain pula. Basuh guna tangan lagi. Bukannya ada mesin basuh pun masa tu. Kalau ada pun, ayah mesti tak beli punya sebab dia kata kami pemalas.Kalau bangun awal, sebelum pukul 12 tengahari semua kerja dah selesai termasuk memasak. Mak akan balik kerumah pada jam 1-1.30 petang. Selepas solat Zohor, mak akan ke sawah kembali dan akan balik sebelum habis waktu Asar. Bila ingat balik, kesian kat mak. Setiap hari kerja macam tu untuk cari rezeki untuk anak-anak.

Cerita asal ialah bangun awal. Lupa pula, tajuknya bangun awal. Pantang sangat pada mak ialah anak-anaknya bangun lambat. Pernah satu hari aku terlambat bangun. Rmah kampung asa tu semuanya rumah atas, bukannya macam sekarang. Mak masa tu dah nak ke sawah. aku belum bangun lagi. mak ambik buluh dan ketuk lantai tempat tidur aku dan jerit kuat-kuat.Ayat peberet mak bila nak gerak kami bangun ialah, anak dara penyegan (= pemalas). Tuhan saja yang tau betapa malunya bila mak jerit macam tu kuat-kuat sebab jiran-jiran akan dengar. Maklum la anak dara time tu masih lagi punya rasa malu yang amat sangat. Cuba kalau sekarang ni. ramainya aku tengok anak dara yang bangun lambat termasuk anak dara ku. Cukup untuk sempat solat subuh. Jangan harap nak bangun pukul 5 pagi nak buat sarapan untuk keluarga.

Sampai sekarang walaupun setiap kali cuti,aku selalu berangan-angan nak bangun lambat, namun jarang sangat aku nak bangun melebihi jam enam pagi. kalau hari kerja, aku juga akan mula buat sarapan pukul 4.30 pagi, keluar kerja selewatnya pukul 6.10 pagi tapi kalau hari cuti, aku bangun pukul 5 pagi dan semasa anak-anak bangun, sarapan dah siap. Kat rumah kami ni, kalau bangun awal, awal lah budak-budak dan bapa budak akan bersarapan. ini bukan lagi sebagai satu paksaan tapi sebanrnya dah jadi rutin kehidupan. lain orang lain caranya. Aku memang dah dilatih sejak awal untuk bangun pagi jadi rutin tu tak boleh aku tinggalkan sebab ianya sudah menjadi kebiasaan.

No comments: