Friday 15 October 2010

Ketupat Pulut

Hari tu si pnut asyik dok cari daun palas nak buat ketupat. Maka aku pula dengan gigihnya pi beli daun ketupat pun nak tiru sipnut buat ketupat. Hari tu macam tak puas saja makan ketupat. Maklumla, bukannya sihat betul lagi masa hari raya tu. Babah pula bagi galakan yang dia pun macam tak puas makan ketupat. Maka, jeng, jeng, jeng, dapat juga aku beli daun palas kat pasar malam Penaga. Nasib baik mak mertua aku datang hari tu, boleh juga dia buka daun tu sebab kalau harapkan aku entah bila la tak tau nak buka daun ketupat tu. Teringin pula ketupat jagung sebab mak mertua aku buat ketupat jagung masa raya tu.
Pulut dengan jagung yang dah sedia untuk dibalut.

Dah siap balut. Mula-mula ikut arahan mak mertua dulu sebab dia kata kalau kukus lebih senang. Aku pun kukus la. Malangnya sampai masak pulut tu, isinya tak bersalut antara satu sama lain.Keadaannya macam pulut kukus biasa. maka sekali lagi aku dengan gigihnya, rebus pula dan Alhamdulillah, ketupat tu masih lagi boleh digunapakai. Cantik dan lembut dan bersatu dengan jayanya.Hahaha...akhirnya aku berjaya juga buat ketupat. Pnut, kat sini banyak lagi orang jual daun palas. Sila jangan cemburu ya sebab bila kak yati kata nak buat ketupat, ha...daun palas pula didepan mata.

No comments: