Monday 6 September 2010

25 Ramadan

Kami beramai-ramai balik rumah ayah pada 25 Ramadan. Hajat hati nak berbuka bersama-sama ayah tapi hari tu ayah ada program lain pula. Jadi cuma kami adik beradik saja yang berbuka. Selepas kami berbuka, baru ayah sampai. Walaupun hajat untuk berbuka dengan ayah tak kesampaian tapi kami tau tentu ayah seronok bila kami balik ramai-ramai berbuka.

Walaupun ada orang tu menjeling sakan benci kat aku tapi ada aku kesah walaupun kesah la juga. Sebenarnya aku tak kisah pun dan tak beri kudis pun samada dia nak cakap atau tak dengan aku. Selama ni aku bukan sakit hati apa sangat kat dia cuma aku geram bila setiap makanan yang aku bagi kat ayah, disebabkan kebencian dia kat aku, semua makanan aku dibuang kedalam parit walaupun aku buat dengan sebaik-baiknya untuk ayah tersayang.



Meriahlah untuk kami adik beradik. Makanan pula dibawa balik sorang sikit. Aku dengan nasi kerabu dan tahu sumbat, kakcik dengan nasi tomato dan ayam masak merah, Li dengan nasi beriani dan lauk pauknya, adik Pipah dengan nasi putih dan pindang daging dan kak Ani dengan kari daging rebung. Kuih muih juga banyak sampaikan boleh bawa balik rumah lepas tu.

Menjadi kebiasaan kami adik beradik, setahun mesti 2, 3 kali berkumpul tambahan lagi bulan puasa mesti nak juga ambik masa berbuka dengan ayah. Diharapkan keadaan ini akan berlarutan seumur hidup kami. InsyaAllah.

No comments: