Friday 27 August 2010

Salam Nuzul Quran

Hari ni semua kat rumah ni bercuti. Aliah dan babah pun balik. Seronok sebab semua ahli keluarga ada kat rumah. Semalam makan sahur pun meriah. kalau tak tinggal kami bertiga atau aku dengan Aiman saja.

Plan asal petang ni nak balik kampung. MIL pesan nak makan laksa kuah lemak dan dia ada cakap hari tu puding kelapa muda sedap. Sebagai menantu yang faham, aku tau dia nak makan atau dia nak kami bawa balik walaupun dia tak minta.

Pagi-pagi dah pergi ke Tesco beli buah kelapa muda dan balik nak cari ikan pula nak buat kuah laksa lemak. Ulam-ulam, laksa semua dah beli cuma ikan saja yang belum. Babah ada urusan lain la pula dan aku kena juga pi cari sandal kat Carnival mall sebab kat situ saja yang ada sandal yang aku dok pakai ni. Semuanya ambik masa. Babah juga pergi cari kerusi untuk mak dia yang ada roda sebab mak dia tak boleh jalan. Semua buat kerja sambil duduk atas kerusi dan bergerak dengan roda. Pergi dua tiga kedai tapi tak ada la pulak.

Masa tu dah dekat 12 tengahari dah tapi masih sempat sebab kami akan cuma bertolak balik pukul 5 petang. Kononnya nak cari ikan kembung segar yang baru naik dari laut tapi hampa sebab ikan memang tak ada. Dah beberapa hari dah nak kena berebut ikan dengan orang-orang lain. Kalau lambat atau biar dulu, memang tak dapat la ikan tu.

Kat situ tak ada ikan, maka kami ambik keputusan pergi pasar. Pukul 12 tengahari kat pasar pun tak ada apa-apa. Peniaga pun dok bungkus barang jualan nak balik dah sebab hari ni hari Jumaat. Semua nak balik awal.

Dapat la 4 ekor ikan temenung borek tapi lembik. Tak puas hati sebab tak dapat ikan fresh, kami tukar plan. Hari ni tak balik lagi, esok pagi-pagi kena pi tunggu ikan cepat-cepat dan terus buat kuah laksa. Ikan tu 2 ekor aku sumbat nyok sambal dan 2 ekor lagi aku masak acar/jeruk. Malam ni makan saja yang mudah-mudah sebab memang aku tak ada stok makanan yang lain. Cuma ikan dan telur serta pucuk janggus dan sardin.Pucuk gajus tu aku hiris kecik-kecik dan buat kerabu campur ikan sardin tin. Cukuplah. Ada ikan, sayur dan kuah.

Lepas tu sebab hari tu aku buat piza, Aliah tak ada, hari ni aku sekali lagi buat piza. Puas la anak-anak makan. Alhamdulillah, habis lagi satu hari puasa. Esok, InsyaAllah, aku akan prepare awal-awal untuk kuah laksa.

No comments: