Wednesday 18 August 2010

Terimakasih



Alhamdulillah. Selepas beberapa hari kemalangan, hari ni dah sedikit elok. Kaki pun dah kurang sakit selepas doktor on arcoxia. Agak kuat juga kesannya hinggakan rasa pedih-pedih pun boleh kurang walaupun tak hilang langsung. Tapi lebamnya masih lagi jelas dan nyata. Takut pula tengok kesan lebam-lebam tu sebab panjang dan besar terutama kat perut. Maklumlah perut agak besar dan panjang. Hahaha...

Terimakasih kepada semua yang mengambil berat. Terutama terimakasih kepada suami tercinta yang sudi bercuti seminggu untuk sama-sama melalui saat-saat ini. Kalau tak ada dia, susah juga aku nak menghadapinya. Bila dok rumah sorang-sorang, mesti banyak benda yang aku fikirkan. Harap selepas seminggu dan dia balik ke sana semula, aku dah hilang trauma atau semakin berkurang.

Kata mereka, aku dapatlah buat banyak biskut raya sebab cuti 2 minggu tapi mereka tak tau aku kehilangan mood yang tersangat-sangat untuk ini. Aku masih teringat-ingat dan ngeri. Lagipun kalau berdiri lama, aku sakit dan menyebabkan terpaksa duduk diatas kerusi. Kaki pun tak leh lipat.

Hari tu dah ok sikit tapi bila berlaku kemalangan, makin teruk jadinya lutut aku. Solat terpaksa diatas kerusi. Aku rasakan semakin hari kesihatanku bukannya semakin baik tapi semakin buruk. Ada-ada saja sebab yang akan menyebabkan aku sakit.

Namun aku masih boleh berjalan, masih boleh melayan keluarga. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya keluarga tidak merasa kekurangan.Selama aku bekerja di HPP, dah lebih sebulan aku mengambil cuti sakit atas beberapa sebab yang memang sebab aku sakit. Mungkin ini peringatan dariNYA untuk aku dan mengingatkan aku supaya tidak melupakan DIA.Aku percaya dengan Qada dan Qadar dan setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.

Semalam keluar lagi dengan babah ke klinik atas urusan sakit yang lain pula. Semasa dalam perjalanan balik, tengok kat depan taman kami ni, banyaknya udang berlonggok. Udang segar dari laut. Wah, seronoknya walaupun bukan kesukaan aku. Aliah sangat suka dengan udang tapi semalam dia tak ada. Aku masak juga untuk orang lain dalam rumah ni. Semua suka sebab udang ni memang segar sangat. Kalau kita selalu makan makanan laut yang segar ni, bila kita makan yang tak segar, memang kita arif sangat dengan rasanya.Sekarang ni macam dah boleh tau mana satu yang baru naik dan mana satu yang dah masuk ais.

Pagi-pagi ni kalau cuti dibulan puasa biasanya kurang aktiviti sebelah pagi. Nak buat kuih raya masih belum ada mood, nak kemas rumah, kena pelan-pelan kayuh tapi memang aku akan lakukan dalam masa cuti sakit ni. Sekurang-kurangnya boleh jimat cuti aku yang tinggal sedikit tu.

No comments: