Monday 16 August 2010

Selepas 3 hari

Hari ni babah bercuti. Aku masih belum pulih dari kemalangan hari tu.Tadi tersilap bangun, tertekan bahagian betis yang sakit, terjerit-jerit sorang-sorang.

Pagi, aku ada appointment dengan klinik pakar tulang kat HSJ. Dapat lagi 2 minggu MC sebelum follow up seterusnya pada 30 Ogos. Kesian budak-budak kat lab tu. Tentu ada yang tak dapat bercuti nanti.Nak buat kuih atau nak masak pun tak selesa sebab sakit. Aku cuma buat yang wajib saja untuk berbuka puasa. Kesian juga kat dalam rumah ni kalau aku tak masak.

Aiman demam pulak hari ni. Kesian semua orang termasuk diri sendiri.Tak tau apa yang aku tulis dah...

No comments: