Sunday 15 August 2010

Kemalangan yang tak berbau



Tuhan telah tentukan segalanya.Walau bagaimana kita beringat dan berjaga sekalipun, jika ianya telah tertulis, tetap ianya akan berlaku.

Jumaat,3 Ramadan bersamaan 13 Ogos, petang, tanpa disangka-sangka dan tak pernah langsung terbayang difikiran bahwa aku akan berhadapan dengan kemalangan macam ni dan ianya terjadi.

Seperti biasa, aku keluar pejabat dalam pukul 4.30 petang. Seronok rasanya sebab aku nak ambik Aliah kat Arau. Ibu mana yang tak suka jika anaknya nak balik rumah. Tentu suka sangat-sangat sebab ini bermakna anaknya suka duduk rumah dan suka dengan suasana rumah. Bertolak dari HPP dalam keadaan tenang. Nampak macam nak hujan tapi belum hujan. Bawa dalam kelajuan 80km sahaja dan sesekali laju bila jalan free. Aku bukan dalam kategori pemandu yang akan kena saman melebihi had laju. Lagi-lagi dengan kereta kecik macam tu, mana pun boleh bawa laju.

Hujan dah mula turun tapi aku tak pasti kawasan mana ianya bermula. Tapi semasa kemalangan berlaku aku memang pasti dan yakin aku bawa cuma 8okm/jam sebab aku ada tengok tahap kelajuan itu pada kali terakhir sebab masa tu memang hujan. Kenderaan lebih dari biasa sebab petang Jumaat biasanya ramai pekerja yang bekerja di bahgian selatan akan kembali ke utara.Waktu terakhir aku tengok jam sebelum kemalangan ialah 6.20 petang.

Sesampai saja dikm 72, lebuhraya Pendang, waktu tu hujan sangat lebat. Aku terpaksa dulu melalui jalan tinggi sebelum turun kebawah.Hujan memang tiba-tiba saja sangat lebat dikawasan berkenaan.Baru aku ternampak jem kat depan dan satu kereta Alza dengan lampu terpasang didepan aku tersekat dalam kesesakan.

Masa tu memang aku tak boleh mengelak dan tak boleh buat apa-apa dah. Tawakal saja dan langgar. Nasib baik aku bawa mungkin dalam kategori masih perlahan, aku tidak mengalami kecederaan teruk dan kata pemandu Alza tersebut, beliau pun sedang nak bergerak kedepan.Habis semua depan kereta rosak. Dalam keadaan macam tu aku masih nak hidupkan enjin tanpa aku sedar, keretaku dah berkecai.

Setengah jam juga jadi macam tu tanpa sesiapapun datang membantu atau bertanya. Kalau aku cedera teruk, memang tak tau la apa akan berlaku dalam setengah jam tersebut. Masa tu aku cuma sakit bahagian lutut sahaja.Kereta yang kulanggar tu rupanya pemandunya seorang wanita yang sedang sarat mengandung. Aduh, nasib baik juga tiada apa-apa yang berlaku pada dia cuma terkejut sahaja.

Selepas setengah jam tu, barulah trak peronda PLUS datang dan mengawal kenderaan lain. Jalan memang jem sangat masa tu sebab depan kami ada lagi 2 kemalangan melibatkan 6 kenderaan.Hujan masih lebat. Babah pula masih berada di KL dalam perjalanan balik dan nasib baik juga babah hari tu balik dengan kereta. Cepat sikit la dia sampai. Babah pun tersekat dalam jem di KL.

Pukul 7 petang lebih baru kereta kami di periksa oleh polis dan baru towtruck datang. Kereta aku ditunda ke balai polis Pendang sebab kemalangan berlaku dalam kawasan Pendang. Masa tu aku dah mula sakit sana sini dah dan kebetulan pula pegawai trafik yang bertuga masa kemalangan berlaku tu tiada dipejabat. Pergi berbuka puasa.

Aku ingat nak kehospital dulu tapi kemudiannya dalam pukul 9.40,aku diberitahu, pegawai trafik tu dah ada dan akan mengambil repot dari kami.Semuanya selesai dalam pukul 10 malam dan kami bergerak ke HSJ untuk rawatan sebab aku rasa lebih senang disitu. Semasa kemalangan berlaku, aku sempat called Akmal minta dia datang ambik aku.Jadi semasa sebelum kami keluar dari kawasan kemalangan tu, dia dah sampai dan aku naik kereta Akmal ke balai polis.

Sampai hospital, babah masih belum sampai. Akmal dah ngantuk sangat. Aku biarkan saja dan aku ikut apa saja prosedur yang doktor bagi. Dengan Xray dan doktor cuma on Panadol sebagai painkiller dan prolase untuk ubat bengkak. Pukul 11 lebih baru babah sampai ke hospital dan kami balik sama-sama. Sebelum balik singgah makan dulu sebab kami berbuka dengan tak sempurna.

Abang aku dari Alor Setar datang dan jumpa di balai polis Pendang dan bawa sedikit makanan dari rumah untuk kami. Makanan itu lah yang kami makan dalam kereta semasa dalam perjalanan kehospital sebelum itu.

Di rumah, hanya Aiman saja yang tinggal. Kesian dia makan pun tak tentu tapi oleh sebab aku ada jiran yang baik, adalah sedikit makanan untuk Aiman tapi nasib baik juga Aiman anak yang baik. Dia tak kisah pun makan apa saja. Dia tak suka , dia makan sikit dan kalau dia suka dia makan lebih.

Pukul 1 pagi kami sampai rumah dan terkejut tengok pintu dan gril terbuka. Kami ingatkan ada orang lain mmenunggu Aiman kat rumah, rupanya budak tu terlupa tutup pintu. Elok saja dia tidur kat atas dengan nyenyaknya sampai kami kejutkan pun dia tak sedar. Alhamdulillah, nasib baik juga tiada apa yang berlaku.

Sehari selepas kemalangan barulah rasa sakit sangat tapi kami balik juga selesaikan insuran kereta dan pergi juga ambik Aliah pagi Sabtu tu. Kesian anak mama.

Hari ni kami akan hantar Aliah balik semula kekolej dan selesaikan lapuran di balai polis Pendang. Masih sakit sangat lagi tapi masih boleh berjalan.

No comments: