Friday 30 July 2010

Permintaan terhangat

Susah la nak bagitau orang, aku ni memang malas. Aku sebenarnya malas nak masak tapi kerana anak-anak dan suami dan kadang-kadang ada juga angin rajin tu, nak jamu kawan-kawan makan, aku jadi rajin masak la juga.Sejak Aliah tinggal kat kolej ni, setiap minggu aku buat biskut untuk bekalan dia kat hostel dan biskut tu tak bertahan walau sehari pun. Bawa balik saja, lepas sejam dua, biskut tu pun selesai.

Baru-baru ni aku cuba buat biskut strawberry fingers ni. Nampak macam tahun ni biskut strawberry mendapat permintaan tinggi. Kebetulan juga ada sedikit lebih, aku bawa untuk kawan-kawan rasa. Sebenarnya bila aku dah buat dan rasa, biskut ni dalam senarai nak buat untuk hari raya tahun ni.


Paling aku tak sangka, order datang bertalu-talu. Aku dah cakap, biskut aku buat, mahal. Aku tak boleh jual murah sebab aku guna bahan yang mahal. Nanti kalau aku bagi mereka makan, aku guna bahan lain dan bila jual guna bahan lain, rasa tentu tak sama, mereka kata aku tipu pula.Hari tu mentega saja pun aku beli 250gm dah RM8.50. Aku tak boleh jual kurang dari RM35 untuk 50 biji.Masih ada yang nak dan ada juga yang mengundur diri. Kalau aku rajin dan ada pembantu, tentu aku boleh jual dan buat banyak biskut ni. Bukannya susah sangat cuma sekarang, abang sebok dengan praktikalnya, Aliah kat kolej dan Aiman tak banyak boleh membantu. Babah pula tak tau bila boleh bercuti. Maka, banyak order yang terpaksa ku tolak.Sudah la aku terpaksa buat untuk 4 rumah, tak sanggup aku nak terima tempahan. sekarang ni, kalau mereka nak, aku bagitau saja harganya dan kalau rasa mahal, aku bagi resepi. Buat sendiri.Lagi aku suka.

No comments: