Sunday 25 July 2010

Hari Sabtu

Hari-hari lepas dengan kesihatan yang tak mengizinkan aku bergerak aktif. Sakit kaki hinggakan tak boleh berjalan. Pergi klinik ambik ubat,perubahan hormon menyebabkan tulang mudah sakit.Maklumlah dengan umur yang semakin meningkat, perubahan hormon memang tak dapat dielakkan. Hari ini, Alhamdulillah, aku dah pulih walaupun tak sepenuhnya lagi. InsyaAllah, esok lusa akan sembuh juga nanti.

Setiap minggu jadual setiap petang Jumaat, ke Arau ambil Aliah balik rumah.Aku suka kalau dia nak balik sebab ini bermakna dia suka duduk rumah dari tinggal dihostel dan aku rasa susah nanti nak menerima kenyataan dia lebih suka tinggal di hostel dari tinggal di rumah.Hujung minggu memang jadual tetap, aku pasti ke Arau ambil dia. Mungkin seminggu dua akan datang, selepas persembahan hari kemerdekaan nanti, banyak assignment yang nak kena diselesaikan akan menyebabkan dia tak dapat balik ke rumah selalu. Tapi sementara dia nak balik, aku tetap akan pergi ambil dia balik.

Semalam petang dalam perjalanan menghantar dia balik, katanya nak beli kasut sukan warna putih. Kami melencong dari lebuhraya masuk ke pekan Jitra. Jem teruk dan masa tu dah pukul 5.30 petang. Kami mesti sampai ke hostel dia sebelum 7 malam sebab kalau lepas masa tu, kami tak boleh masuk kedalam. Bermakna kami terpaksa lepaskan dia diluar pagar dan dia terpaksa menjinjing barang-barang dia masuk ke dalam sendirian. Jauh pula tu. Aku dah risau nanti tak sempat sampai ke hostel sebelum pukul 7 malam. Nak singgah kedai beli kasut lagi, mesti ambik masa juga.


Rupa-rupanya dekat dengan lampu isyarat berlaku kemalangan. Selepas habis lampu tersebut, jalan menjadi lancar semula. Alhamdulillah. Jalan terus dan singgah kedai beli kasut untuk dia.

Sampai dihostel dia dalam pukul 6.30 petang.Terus balik dan singgah rumah kakcik sekejab dan terus balik rumah ibubapa mertua. Pukul 9.30 malam kami bertolak dari situ terus balik rumah kami. Perjalanan lancar sampai kerumah.

Itu saja? Ya, itu saja sebagai permulaan selepas berehat lama tak menulis. Entah, itu saja yang nak aku tulis hari ni.

No comments: