Monday 14 June 2010

Sepanjang perjalanan ke Klang

Pukul 2 petang semalam kami bertolak nak ke Klang. Dalam perjalanan, kami singgah ambik lunch dulu kat Pelita Nasi Kandar. Mulanya ingat nak ke kedai Tom Yam tapi sepanjang perjalanan entah apa anginnya semalam, kedai tomyam yang kami nak singgah tu semua tutup padahal sebelum ni weekend pun depa buka.Mulanya babah kata masak saja kat rumah tapi memang tabiat aku sebelum keluar nak kena kemas rumah bersih-bersih supaya balik nanti aku senang hati. Kalau masak kemudian ambik lunch, nak kemas lagi tentu ambik masa, tentu lagi lambat kami bertolak. Jadi jalan mudah, makan kat luar saja.

Nasi kandar Pelita dah dua kali buat aku angin. Masa mula kami makan dulu, aku masih boleh terima mereka ambik silap pesanan sebab yang ambik pesanan tu memang tak berapa reti melayu. Kali kedua ni aku angin sebab situasi yang sama berulang lagi.Ni orang malaysia yang ambik pesanan. Abang minta maggi goreng, dia hantar mee goreng. Abang makan juga. Aku minta sup campur dengan roti, dia hantar sup daging tanpa roti.Aku heran juga tapi makan saja la. Masa tengok bil, wah rm8 padahal sup daging cuma rm2.80. Tapi sebab aku tak tengok bil dan dah makan dulu, aku tak boleh argue. Abang cuba argue dengan cashier tu tapi dia nafikan sebab dia kata dalam sup tu semua ada. Eeee...geramnya aku. Cekik darah betul.Malas dah aku nak pergi kedai ni nanti. Aku nak pangkah.

Kemudian angin aku belum habis, kami bertolak ke Klang dalam pukul 3.30 petang. Sepanjang perjalanan yang belum jauh lagi, masuk lebuhraya utara selatan, jalan masih lapang, datang pula konvoi Harley Davidson dengan marshall minta kami ketepi. Siap pasang siren. Ingatkan ambulan, sekali tengok rupanya konvoi Harley Davidson. Menyusahkan orang betul. Jalan tu luas, tak payahla minta pengguna lain bagi laluan.Jalan saja la(cakap orang sedang hangin satu badan).







Sepanjang perjalanan, kereta memang cukup banyak atas jalan, tempat R&R. Tiada tempat parking. Mulanya cadang nak berhenti di mana entah tapi sebab kenderaan yang padat, parking sampai keluar dari laluan masuk, babah berhenti di Bukit Merah dulu. Itu pun kena tunggu dalam kereta. Biasa la perjalanan jauh, macam-macam hal. Aku langsung tak turun kereta. Hangin belum reda, ditambah lagi dengan insiden Harley, orang pula ramai, jalan sesak.Kami juga menempuh jalan dengan hujan yang sangat lebat. Istighfar banyak-banyak tapi syaitan lebih menguasai diri.Merungut sepanjang perjalanan sebab terpaksa menempuh jalan yang sangat sesak sedangkan babah yang memandu pun diam saja, dok dengar aku membebel. Agaknya dia pun tersangat boring, begitu juga dengan anak-anak tapi sebab tak boleh lari, dengar juga lah bebelan aku. Kalau tak kerana babah dan Aiman, memang aku tak nak datang sini. Babah yang beria-ia mengajak kami datang tengok tempat kerja dia dan Aiman yang nak sangat bercuti keluar dari Penang. Sepanjang perjalanan kami setelah bertahun-tahun, kali ni rasanya perjalanan paling teruk hinggakan rasa macam tak nak keluar dah masa macam ni. Cuti sekolah dan hujung minggu.

Melalui persimpangan Sungai Buluh untuk mengelak diri dari terus mengalami kesesakan jalanraya dan singgah makan disitu setelah mendengar abang berkempen kata kedai makan kat situ sedap. Ok lah, nasib baik sedap. Sejuk dah hati bila dapat makan sedap. Kalau makan pula tak sedap, temparature mesti naik balik ni. Anger betul la aku. Hot temper. Nasib baik dapat husband cool. Kalau tidak memang jenuh nak bergaduh. Aku memang tak boleh mula dengan angin kalau memulakan perjalanan jauh. Kalau aku dah start, memang sepanjang perjalanan akan cari pasal saja.

Keluar semula untuk meneruskan perjalanan. Masa tu lebuh raya dah tak sesak lagi. Rasanya dah 9.30 malam lebih dah. Selamat sampai dilokasi hampir 10.30 malam. Alhamdulillah. Dah tak hangin dah masa dah sampai. Sambung lagi ya...

No comments: