Monday 7 June 2010

Semakin hampir

Hari Jumaat lepas, babah balik. Tengok aku punya cukai jalan, dah habis 2 Jun. Syok saja aku bawa kereta merata-rata tanpa road tax. Kalau tak sedar memang ok saja, bila dah tau, takut dah nak bawa kereta. Hari ni cuti sampai abang bawa balik road tax tu. Bila dah pasang road tax, baru berani keluar.Keluar dengan Aliah, beli kelengkapan nak pi kolej nanti.

Baru balik dari beli barang-barang untuk Aliah. Fuhh, letih kaki berjalan. Keluar dari pukul 11.30 pagi sampai 4.30 petang, baru balik.Tinggal lagi kasut dan selipar serta beg saja belum beli. Hampir habis duit yang babah tinggalkan untuk beli barang tu. Yuran saja, belum masuk lagi, dah dekat RM 800. Macam mana ya kalau pendaftaran untuk IPTS, tentu lebih banyak lagi. Itu IPTA.Aku fikirkan bagaimana kalau yang tak berkemampuan. Tentu susah hati memikirkan masalah kewangan. Nak beli benda-benda nak bawa ke hostel lagi. Baju, seluar, baju kurung, tudung, telekung baru, baldi, berus, sabun dan benda-benda remeh temeh.Dari duit yang tebal, terus jadi nipis, tinggal sekeping dua saja lagi. Lupa la pula, duit kereta belum bayar lagi... Ha...belum bayar? Esok aku bayar. Dah lepas masa dah ni.

Minggu depan nak bercuti pula. Seminggu aku bercuti. Bawa anak-anak keluar dari Pulau Pinang. Lepas ni tak tau dah bagaimana sebab cuti masing-masing dah tak sama lagi. Abang, Aliah dan Aiman. Susah sikit la nak bercuti bersama nanti. Kena cari satu masa yang amat sesuai.Jadi, semasa ada masa ni lah, kami akan bercuti bersama-sama.

Dah lama aku fikirkan benda ni. Susah menjadi seorang ayah dan suami. Kesian babah, banyak nak kena keluar duit untuk keluarga. Kami bukanlah punya banyak sangat pendapatan tapi kenalah kumpul sikit-sikit utuk semua keadaan. Sakit demam, bercuti, persekolahan. Sebab tu bila aku keluarkan duit untuk sesuatu yang merepek, aku selalu fikirkan bagaimana orang yang tidak mampu melaluinya. Babah pula tak pernah menghampakan kami. Belum pernah sekalipun dia kata, tak ada duit atau tak cukup duit. Cuma dia akan kata, nanti lah dulu, itu tak mustahak, ini tak penting. Dari situ aku tau, dia tak cukup duit. Kalau dia ada, memang apa saja permintaan kami tak pernah dihampakan.Kadang-kadang aku kesian dengan dia. Tambahan lagi dalam keadaan kami sekarang yang berjauhan. Terpaksa mengeluarkan belanja lebih, untuk rumah, untuk dia dan untuk anak-anak kat kolej.Tapi sesekali fikiran jahat datang, baiklah dia belanja pendapatannya untuk kami dari dia belanja orang lain. Paling aku hormat padanya ialah rasa tanggungjawabnya terhadap keluarga. Tak pernah sekalipun dia minta duit aku. Cuma atas rasa tanggungjawab, dengan sukarelanya aku sendiri keluarkan belanja. Sayang babah.Aku sangat-sangat menghormatinya.

2 comments:

Unknown said...

Keadaan sekarang duit makin takde value... bawak RM50 ntah apa barang jer yg dpt.
Nak taknak kena berjimat kalau tak tgh bulan makan roti cicah sadin la jawabnyer..hehehhe

Hayati said...

itula JS. semalam kak yati bawa rasanya macam banyak, itu sikit, ini sikit, hampeh, dah habih ropanya...