Tuesday, 8 June 2010

Kisah pasar malam dan seterusnya...

Petang ni balik singgah pasar malam. Pasar malam yang terkenal kat Penaga ni. Sapinat mesti tau pasar malam ni. Entah apa yang digahkan dengan pasar malam ni pun tak tau, popular sangat sampaikan bila sebut tempat aku ni orang dok sebut pekan sari dengan pasar malam. Mungkin aku yang tak boleh tangkap apa istimewanya kot. Rasa macam biasa saja.Mungkinkah ianya ada ...ada apa ya? Entah...

Satu hari tu aku jumpa dengan sorang kawan kat sini. Hari Ahad. Kami sedang sama-sama nak beli sayur kat hujung sungai tu. Dia tanya aku, kak yati, hari ni kedai tu tak meniaga ya? Kami datang ni hajat hati nak makan kat situ. Aku pun hairan juga, dia nak makan apa, datang dari jauh kesitu. Rupanya kedai kat situ jual nasi dengan kari ikan kembung dan ikan kembung goreng. Kat tempat aku ni dikenali dengan ikan temenung.Sedap sangat ka? Aku pun tertarik juga nak tau sebab selama ni aku tak pernah tau pun yang kat situ ada jual nasi macam tu. Lauknya itu saja.Makan panas-panas sebab kat situ tempat ikan naik segar dari laut.Aku tak pernah lagi makan kat situ.Tengok lah satu hari nanti, aku akan cuba juga. Kadang-kadang bukan tak nak cuba tapi rasa pelik sebab rumah dekat saja dengan kedai tu, nasi dengan kari ikan kembung pun nak makan kat kedai. Adakah wajar aku mencubanya? Tunggu ya, feedback dari aku bila aku dah merasanya nanti.Tunggu...

Sebenarnya aku bukan rajin sangat pun nak menyinggah kat pasar malam tu tapi sebab aku pun tak rajin sangat nak balik masak petang ni, aku singgah saja la. Abang pesan nak makan laksa, Aliah nak yong tau fu, Aiman pula nak kebab tapi Aliah bagi pilihan kalau tak ada yongtaufu dia pun nak kebab juga. Aku? Tengok lah apa-apa nanti. Nasib baik semua yang diminta tu ada dan aku beli semuanya dan nasib baik aku tak gelap mata dengan benda lain masa tu. Aku beli telur saja 10 biji. Yes, aku berjaya mengawal dari membeli. Satu kejayaan besar bila aku singgah pasar malam.Yong taufu rm12, laksa dua bungkus, rm5 dan kebab rm 5.Telur 10 biji rm 3.Kira tak la sampai rm 30pun dan lagi makanan tu semua habis dimakan oleh kami.Lagi sekali aku berjaya.Berjaya untuk tidak membazirkan makanan yang aku beli dengan duit. Duit tau...

Tadi nak keluarkan duit nak bayar kereta pun aku dah rasa sayup-sayup sebab aku rasa macam tak sanggup lagi nak keluarkan seketul duit lagi untuk bulan ni. Perbelanjaan aku dah riban-riban dah bulan ni.Melebihi bajet dah. Aku kedekut? Bukan...aku berjimat sebab sekarang babah tak ada kat sini nak minta duit kalau duit yang dia bagi tu habis. Aku kerja, takkan la sat-sat nak minta, sat-sat nak minta. Amboi, borosnya aku. Tak mau la nanti dia kata aku ni mata duitan pula.Satgi menyesal pula dia kawen dengan aku simata duitan kan? Jadi dengan kontrol-kontrol ayunya, aku pun kelurkan juga duit untuk bayar kereta. Uwaaa...surut banyaknya duit aku bulan ni.

Sekian. Terimakasih sebab sudi baca. Tanduk aku dah mula keluar dah ni...

4 comments:

Jemari Seni said...

JS takut nak singgah pasar mlm.. Takut sakan membeli pastu balik umah nangis sebab duit tinggal singgit hehehehe..

Hayati said...

betul, betul. sebab tu kak yati pun tak berani nak singgah pasar malam. kira kalau kak yati beli macam tu, ok la tu. Tak la membazir dan tak la nangis kan?

Rozy said...

kak yati,
entah apa yg best sangat ngan saplam penaga tu xtau laa... biasa ja rozy tengok..

next week rozy dengan officialnya akan jadik org penaga, pindah balik sana. boss bg tukaq branch. yeayy!!

Hayati said...

Wah, tahniah.Dok mana nanti?