Sunday, 6 June 2010

Baju Raya

Kain-kain baju raya untuk tahun ni. Pilihan Arief Akmal Fauzi, kaler ungu.

Semalam balik kampung. Memang niat dihati nak beli kain untuk buat baju raya. Kalau lambat nanti, tailor dah tak nak lagi. Singgah di Gulati's. Hajat hati tak apalah, perabis sikit untuk hari raya. Basic saja,seorang sepasang, sedondon untuk pagi raya dan lepas tu pilihan masing-masing.

Angkat satu satu. Mula-mula ambil dulu sorang sepasang yang sama kaler, kemudian angkat pula sorang satu yang berlainan warna. 9 pasang semuanya sebab babah tak perlu baju melayu dua pasang. Dia dah ada banyak baju melayu. Kebiasaannya tabiat buruk aku ialah beli sesuatu tak tanya harga. Barang murah, ok la. Ini kain, kat Gulati's pulak tu. Kira punya kira, terbeliak mata aku. Habis duit yang aku keluarkan pagi dan minta tambah lagi kat babah. Nasib baik babah pun tak tanya berapa harga semuanya.Selalunya habis ratus-ratus saja. Tak tau la tang mana yang mahalnya. Belum jadi baju lagi ni. Nanti bila dah pakai, baru tau, mana spesialnya.

2 comments:

Jemari Seni said...

Mak ai! sakan dah beli kain baju raya! JS tak tempah lagi...silap2 mcm tahun sudah beli yg siap jer.

Hayati said...

Masalahnya JS, nak pakai sedondon tu. Kalau lambat, tailor tak nak dah.