Wednesday 9 June 2010

Hari ini pula

Pagi tadi dalam pukul 9 pagi macam tu, called HSJ nak tanya tentang medical checkup Aliah. Misi kat situ yang jawab. Katanya boleh buat kat situ. Tak apa la, aku pun bersiap-siap nak kesana. Sampai dalam 9.30 pagi. Register dulu kat kaunter A&E tapi depa tak mau terima sebab katanya doktor kat dalam tu strict sangat. Aku cuba nasib saja, mana tau dia boleh terima sebab aku assist dia bertahun-tahun masa aku duduk kat HSJ hari tu. Staff situ pun tak berani terima dan aku minta depa bagitau yang aku nak jumpa dia. Ingatkan dah bersahabat, cerita itu ini, boleh la minta tolong walaupun dalam hati kata tak berapa nak harap sangat.

Setelah habis semua pesakit dan setelah lama juga menunggu, aku diminta masuk jumpa dia.Lalu dia pun memberitahu peraturan yang ditetapkan oleh pengarah HSJ bahawasanya hanya staff HSJ dan keluarga mereka saja yang dibenarkan buat medikal checkup kat situ. Aku bukan lagi warga HSJ. Ingatkan ada lah sedikit timbangrasa sebab aku baru saja bertukar ke HPP dan aku assist dia bertahun-tahun dengan dedikasinya.Peraturan tetap peraturan. Aku tak dibenarkan sama sekali membuat medikal checkup kat situ.

Hampa juga dengan sikap dia sebab tanpa belas kasihan dia reject macam tu saja. Misi tu pun sekali kena marah sebab bagitau aku boleh datang daan buat medikal checkup kat situ. Aku tak mau cerita panjang dan tak nak lah dengar dia kena marah depan aku, aku potong-potong saja cakap misi tu sebab aku tau, kalau lagi banyak kita bercakap doktor tu akan lebih angin. Diam lebih baik.

Aku dengan Aliah called pula KKIK Seberang Jaya untuk appointment seterusnya. Mesin XRay pula rosak dan dia minta aku pi XRay di KK B'worth. Maka pergilah kami berdua ke sana tapi mereka pula tak benarkan kami buat XRay kat situ. Kami buat XRay dan terus buat medikal checkup kat situ juga.Tapi hari ni tak boleh sebab dah penuh. Esok pula.

Aduh, staff pun diperlakukan macam tu, macam mana lah public tak komplen. Kadang-kadang peraturan kita sendiri pun tak tau sebab bukan semua pun kita tau kalau kita tak melaluinya sendiri.Jadi, kami balik saja ke KKIK Seberang Jaya untuk jumpa kawan aku kat sana dan bagi tau dia cerita sebenar sebab dia yang minta kami pergi XRay di B'worth. Lagi pun lepas tu kami ada lunch kat hotel UiTM. Saja la buang masa dengan dia, boleh juga sembang dengan dia. Kami sentuh tentang sikap staff sekarang yang tak boleh langsung bertolak ansur dan tolong menolong. Semuanya nak buat macam yang di atas kertas tapi bila kena time diri sendiri nak pula orang tolong.

Pukul 12 tengahari, aku gerak dengan Aliah, pergi lunch kat UiTM hotel. Makanan not bad, aku suka tapi macam kenyang pula. Buffet dia pun tak mahal sangat.Memadai dengan harga yang ditawarkan. Kami makan 4 beranak dan kemudian gerak balik ke BM pula. Aliah nak beli cadar, kasut, selipar dan beg tapi tak ada pilihan la pulak. Abang terus dengan aktiviti dia sebab kat sini kami berpisah. Dia ketempat lain dan kami ke JJ, BM.








Buffet di hotel UiTM, Permatang Pauh. Aku suka sebab sesuai dengan harga dan banyak pilihan.

Kami merayau-rayau kat JJ, beli itu ini, dan tambah lagi buku-buku tambahan. Ingat balik nak singgah rumah Seha setelah kami beli banyak roti untuk anak-anak dia tapi dia balik kampung pula. Singgah juga rumah dia hantar roti dan terus balik rumah.Letih sebab seharian keluar dengan apa benda pun tak jadi kecuali menghabiskan duit saja yang jadi. Kenapa entri aku kebelakangan ni dok cerita pasal duit saja ni?

2 comments:

Rozy said...

sedappnyaaa makan kat situ.. nak try gak ah... berapa per pax kak yati?

Hayati said...

Rm 18 sahaja tapi kena booking dulu dan lunch hari Rabu sahaja.Hari lain x ada.