Sunday 20 June 2010

Aiskrim


Aliah memang minta aku buat aiskrim dah lama dah tapi tak cukup bahan. Bertangguh setiap hari hinggakan esok dia dah nak ke kolej. Semalam aku pun godek resepi kat blog masak kawan-kawan kat sini. Atas bantuan pakcik google, aku terjumpa resepi mudah aiskrim vanilla kat blog Puan Norzailina. Seperti yang aku bagitau, aku telah membuat kerja tak berapa cerdik dengan meletakkan whiping cream kat tempat pembeku.

Oleh kerana aku beli cream tu dalam kotak besar aku cuba juga cairkannya dan satukannya tapi susah juga sebab lepas aku bekukan dan cairkan semula, memang dia tak nak bersatu semula. Tapi aku goncang juga dan cuba juga satukan. Mulanya memang langsung tak cantik masa lepas aku putar dengan mixer pun. Dia menjadi seperti berbiji-biji tapi aku tak berputus asa sebab aku tak punya cukup masa sebab aiskrim memerlukan masa yang panjang.

Selepas aku putar dan campurkan dengan susu, gula serta coffemate yang aku dah bancuh awal tadi, aku letak dalam freezer balik semula. Tawakkal saja lah. InsyaAllah.Selepas dua jam dan hampir beku dan belum beku sepenuhnya, aku putar lagi sekali dan letak dalam freezer balik semula. Aku putar dalam 10 minit.

Pagi tadi selepas saja bangun, aku ambik dan putar lagi sekali. Nampak macam elok sikit dan sekali lagi masukkan dalam freezer. Tengahari ni aku nak tengok, jadi ke tak, rupa-rupanya kedua-dua bujangku dah makan dah. Masa aku nak tengok aiskrim tu, kedua-duanya dah takut, bertengkar sesama sendiri, kata orang tu makan dulu, orang ni makan dulu... Hahaha...anak-anakku...

Rupa-rupanya, taraa...aiskrimku dah jadi. Patutlah tak sempat beku sepenuhnya, dah jadi mangsa perut anak-anakku. Wah, sukanya aku. Bermakna, jangan putus asa, cuba juga perbaiki dimana patut walaupun rasa macam tak jadi. Bagaimana kalau aku putus asa dan buang saja krim tu, tentu aiskrim tu tak jadi dan kesian Aliah, tak dapat makan asikrim yang aku buat. Terimakasih kak Norz atas resepi yang simple dan sedap tu. Kalau tak sebab krim tu tentu jadi lagi cantik dan gebu.

No comments: