Sunday 20 June 2010

Menjala atau menjaring

Semalam idea timbul untuk sekali lagi menjala menggunakan botol kicapku sebab senang dan cepat. Aku sebenarnya dapat idea dari seorang blogger yang menggunakan botol sos dengan tiga muncung. Selama ni puas aku mencari botol macam tu tapi tak berjumpa. Jadi aku cuba gunakan botol plastik kicap sepertimana yang aku bagitau terdahulu. Menjadi juga dan agak cepat dan senang nak kawal pergerakan dan bentuknya.

Semalam aku tidur lewat dan jalan-jalan ke blog ramai kawan-kawan cyber dan terjumpa blog http://dapurcomelku.blogspot.com/. Rupa-rupanya mereka dah lama menggunakan cara begini. Ooops, tapi sebelum aku buka blog mereka memang aku terfikir caraku sendiri. Jadi dengan kombinasi dan idea masing-masing, diharap akan menjadi lebih baik.





Dah makan dan dah habis pun roti jala dan kari tersebut.Alhamdulillah kerana diberi rezeki Allah setiap hari.

No comments: