Thursday 24 June 2010

Aku dah balik


Alhamdulillah, dengan bilik yang nyaman dan sejuk ni, bahagianya aku. Sebenarnya 3 hari berkampung di kolej pergigian, Pulau Pinang sebab menghadiri program soft skill.

22/6/2010
Semasa mula-mula sampai, aku macam blur sikit apa sebenarnya soft skill ni. Tanpa surat, tanpa panduan, tanpa apa, aku pergi macam tu saja. Tak tau pula rupanya kena tidur kat situ, 3 hari 2 malam. Nak balik tak boleh sebab program penuh. Nasib baik juga babah ada kat rumah, bercuti seminggu. Kalau tak aku lagi haru.Pergi dengan muka blur, buat pendaftaran dan dapat kunci bilik. Uik, kena tidur sini?

Aku dah menggelabah, macam mana ni ya? Pakaian pula tak tersusun dan tak sempat buat apa-apa persediaan kat rumah untuk ditinggalkan. Alahai. Tapi itu bukan alasan. aku mulanya bagitau urusetia untuk balik ambil pakaian selepas rehat sekejab dari program pukul 5 petang walaupun sebenarnya program tu tidak tamat sehingga malam. Mereka benarkan walaupun sebenarnya tidak dibenarkan semasa menghadiri kursus. Rumah pula jauh, sejam pergi dan sejam balik. Macam mana ya?

Tengok dalam jadual, alamak program penuh, macam mana nak cari masa nak balik ni? Lepas tu kena sampai sebelum pukul 8 malam.Memang tak sempat langsung. 5.30 petang, program belum tamat untuk sesi siang. Pukul 6 pun belum habis hingga hampir pukul 7 malam. Itu pun sebab semua belum solat. Tak boleh kata tidak lagi, mesti nak minta babah tolong hantar juga.

Sebenarnya babah dah datang nak ambik aku dah pukul 5 petang tu. Tunggu punya tunggu, aku tak turun juga, lepas tu call pun tak jawab sebab mana boleh jawab, sedang ada program. Aku minta saja babah balik, ambik baju aku dan hantar ke hostel situ.

Aku menjadi ketua kumpulan 1. Sebagai ketua tentu tanggungjawab lebih sedikit demi nak memastikan anak-anak buah terjaga dan memberi kerjasama sepenuhnya. Alhamdulillah, semuanya boleh bekerjasama dan aku pun mesti menjadi gila-gila juga untuk mengujudkan satu keadaan yang ceria dan seronok bilaa melakukan tugasan.

Kesian dia, dah datang kena balik semula. Program pun berterusan. Pukul 8 malam ada tugasan yang menanti.Bila masa rehat dalam 10.30 malam macam tu babah datang hantar pakaian kat aku. Ambik baju, lungguk kat bilik dan lari turun kebawah pula. Program di tingkat 2, bilik ditingkat 5 dan cafe ditingkat 1. Nasib baik ada lif. Turun naik, turun naik. Pukul 11.30 malam ada tugasan luar menunggu.

Kami dikehendaki keluar mengikut kumpulan ke wad untuk menemubual saudara pesakit yang menunggu pesakit diwad. Masa tu dah 11.30 malam. Tanpa alasan, tanpa bantahan, kami keluar ke wad. Jauh juga perjalanan dari kolej ke wad. Kami dikehendaki memakai topi bodoh yang kami cipta dalam masa 15 minit tu kemana saja.

Ahli kumpulan kami seramai 10 orang. 8 perempuan dan 2 lelaki. Tolak 2 ahli yang mengandung 7 dan 8 bulan, kami keluar melakukan tugasan berdua. Kami dikehendaki juga mencari masalah bagi pihak pengunjung dan penjaga pesakit.

Aku besama Zura menuju ke wad C9, Meena dan Faisal ke wad C10, Palani dan Wani ke wad C11 dan Sheema dan Wati ke Wad A4 1st class.

Bayangkan dengan topi bodoh atas kepala yang tak boleh ditanggalkan kami terpaksa melalui beberapa blok sebelum sampai kewad-wad tersebut. Pukul 11.30 malam dah lebih dah, hampir 12 pagi.Aku dan zura menuju kewad 9 dan berjumpa seorang pesakit yang dah berada diwad tersebut selam 50 hari. Interview punya interview, tiada masalah nampaknya. Letih agaknya pesakit pun malas nak jawab.Balik kedewan, berkumpul dan beri maklumat untuk persembahan esoknya.

No comments: