Saturday 29 May 2010

Tunggu Rozy

Kami keluar tengahari tadi dan petang baru sampai rumah. Berjanji dengan Rozy yang Rozy nak mai rumah aku petang ni. Dah siap ciskek dan kek gula hangus untuk Rozy. Letak dalam bekas. Awalnya tengok kakak ipar Rozy kat luar, siram pokok tapi aku tak la tegur apa-apa sebab pagar kami agak tinggi.Nak cakap kena panjat sikit.Masuk dalam rumah, goreng cucur udang kat babah dan abang, potong sekali kek, letak dalam bekas untuk bagi kat Rozy, kot-kot satgi nanti dia sampai. Tak ada juga. Lepas tu panjat pagar, panggil nama kakak ipar dia. Sebenarnya aku pun tak pasti betul ke tak nama yang aku panggil tu. Betul ke Rozy nama dia, Rohaiza? tapi tak ada jawaban. bawa masuk balik kedalam rumah dan tunggu esok pula. Bila sebetulnya nak datang ni Rozy?




Kek untuk Rozy dan kakak ipar dia dalam bekas atas pagar sempadan rumah kami. Tunggu jawaban yang tiada.

Tadi masa kami keluar dari kedai selepas potong rambut Aliah, ada kemalangan berlaku. Motor dan kereta. Tak tau sapa yang betul atau salah. Takut nak tengok sebab bunyi kuat sangat. Babah ambik kami dan ikut jalan jauh. Kalau boleh tak nak tengok langsung kemalangan.

Esok plan nak buat nasi kerabu. InsyaAllah. Diet tetap diet, masak tetap masak.Ramai lagi yang nak makan.Tak semestinya aku on diet, aku tak masak.

Hari ni lepas rawatan, turun lagi hampir 3kg. Alhamdulillah. Semuga impian aku akan tercapai nanti. Lama sangat tak turun-turun berat badan ni.

4 comments:

Rozy said...

salam kak yati,

rozy pi tad koi 5.00 kot.. tekan loceng umah kak yati tp xdak org kluaq.. kak yati xdak kot tadi...

Terima kasih banyak2, td abang rozy tepon esok rozy pi claim kek kak yati yg marbeless tu naa...

Makasih sebab ingat kat rozy..

nama kak ipaq rozy, rahiza..

Hayati said...

pesan kat kak ipar rozy, kek tu kena letak dalam fridge tau baru la lagi marbeles.

Hayati said...

aik, mana tau kek ni marbeles ni, makan pun belum lagi.

Rozy said...

dah pesan dah suh boh lam ties..
xsabaq nak makan kek kak yati ni... mau termimpi2 malam ni.. heheheh