Sunday 30 May 2010

Nasi kerabu aku



Nasi Kerabu utara

Ulam-ulam
kerisik
serai
lengkuas
halia
lada hitam
ikan tenggiri masam yang digoreng
bawang (besar atau kecik)

Cara membuatnya
basuh ulam-ulam dan biarkan kering. potong halus
bawang juga dipotong
tumbuk halus serai lengkuas, halia dan lada hitam
ikan tenggiri masam juga ditumbuk halus

dalam bekas lain
masukkan bawang dan bahan tumbuk tadi dan gaul. Masukkan kerisik, gaul lagi. masukkan ikan masin dan ulam yang dipotong halus. gaul semuanya. masukkan nasi dan gaul rata. Tak perlu masukkan garam sebab ikan dah masin.


Seperti mana yang dijanjikan semalam pada suami dan anak-anak, hari ni mama buat nasi kerabu. Sengaja buat banyak. Plannya kalau dengar suara Rozy kat rumah abang dia, nak juga sua sikit tapi tak dengar pula.Rezeki orang lain.

Pukul 11.30 pagi,Miza called aku nak hantar duit kutu dan duit brooch.Apa lagi, untuk Miza satu bekas dan yang lainnya sudah pasti untuk Ana.Aku guna banyak daun tapi sekarang ni susah nak beli sikit-sikit. Aku ambik satu ikat kesatu ikat. Barangkali dalam 10 jenis daun sahaja. Cadang juga next week balik, nak buat sikit utuk ayah sebab ulamnya ada banyak lagi.

Pagi-pagi benar lagi kami dah kepasar. Malas nak bersesak-sesak bila sedikit lewat.Ingat nak makan laksa yang femes kat sini tapi sebab awal sangat, gerai laksa belum pun dibuka. Kami terus saja makan tengahari.

Esok dah kerja balik semula. Budak-budak belum lagi bercuti. Aku pun belum bercuti lagi. Tak tau bila nanti nak cuti, nak bawa Aliah buat medical checkup. Aiman kerap dok mengajak makan kat hotel UiTm. Entah bila dapat ditunaikan.

2 comments:

along said...

Aduh...kak yati, tetiba teringatkan nasi kerabu mak...terus kecuq ayaq liuq nih tgk nasi kerabu...sleerrrppp....

Hayati said...

la, along suka ka? nanti mai rumah kak yati, kak yati buatkan. Orang kedah punya nasi kerabu memang macam ni kan?