Friday 28 May 2010

Jumaat yang cuti

Hari ni hari cuti. Sebab ada tambahan lagi satu hari cuti, kami gunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan apa yang patut yang tak dapat dibuat pada hari-hari biasa. Urusan pejabat sudah pastila tak dapat sebab hari ni cuti umum.

Pagi-pagi, pukul 9 pagi dah keluar pi makan tosei. Tosei yang aku idam-idamkan sejak hari tu lagi tapi malangnya macam tak berapa nak menyelerakan saja. Ada aku kisah? Kisah la juga sebab macam tak puas hati. Nanti nak cari kedai lain pula. Kemudian pergi company jual kereta, bayar baki pinjaman kereta yang kami nak ambik nanti. Bukan kereta aku pun tapi aku boleh guna la juga. Bincang-bincang dengan babah kononnya nak ambik MPV la pulak. Fikir-fikir balik, nanti akhirnya tinggal kami berdua. Entah, belum selesai la fikir.Macam la duit banyak sangat, boleh buat pilihan itu ini.




Kebelakangan ini, setiap minggu inilah lunch aku. Ketagih yang amat. Janji yong tau fu. Mana-mana pun aku rasa, rasanya tetap sama. Bukan rasa dihati tapi rasa dimulut. Hari ni sebab semua ada kat rumah, aku tak puasa la. InsyaAllah, Isnin nanti aku puasa balik semula. Nanti besar sangat harapan aku, bulan Rejab aku dapat berpuasa dengan sempurna.Puasa sunat.Kalau aku puasa dari sekarang, nanti akan jadi kebiasaan.

Rindu mak.Dulu masa mak masih ada, mak kerap buat puasa sunat dan puasa kada yang lepas-lepas, yang entah mana-mana yang kita pun tak tau dan terlupa. Bila emak dah tak ada, aku cuma puasa wajib dan puasa kada.Bila ada kelapangan sangat baru aku buat puasa sunat. Itupun cuma puasa sunat yang benar-benar dah sebati dengan aku. 1 Rejab, 15 Rejab, 1 Syaaban, 15 Syaaban. Betapa lemahnya aku oh tuhan.

Kerja dirumah banyak yang terbengkalai hari ni. Esok aku akan selesaikan sedikit dan bakinya hari Ahad.Ada pula macam tu ya...

No comments: