Sunday 2 May 2010

Tak sihat

Mulanya babah dulu yang kena.Hari Rabu, dia demam. Sebelum tu dia ada bagi tau tak sedap badan sebab banyak bercakap, suara jadi serak.Banyak kerja nak pass over pada orang baru. Dalam perjalanan balik, kami singgah klinik ambik ubat dulu. Malamnya, badan dia panas sangat. Aku pun tak leh tidur, dok mengelap kepala, kaki dan badan dia nak turunkan suhu yang panas tu.Esoknya, dia memang teruk sangat dan aku ambik cuti kecemasan.Tak sampai hati nak tinggalkan dia dalam keadaan demam macam tu. Hari Jumaat, dia ok sikit dan dah boleh pergi kerja.

Aku pula tak sedap badan. Baru saja bagitau ekin yang aku ni tak pernah demam.Cakap besar. Selalunya aku insaf sangat kalau aku cakap besar, benda tu akan berbalik pada aku semula. Tapi cuma insaf bila benda tu dah jadi. Apa barang...

Hari Jumaat tu, aku dah tak tahan dah, tak sihat sangat. Dah mula batuk kuat dan badan pun dah rasa sejuk panas.Pergi check doktor, wah, suhu dah 39 darjah dah ni. dapat MC satu hari, balik juga tengahari tu. Kesian babah, nak kena hantar aku dan balik semula ketempat kerja dia. Sakit habis satu badan. Mula aku fikir bukan-bukan sebab aku kerja ditempat stor penyakit.

Malamnya, aku lagi teruk. Habis aku kerah anak-anak picit badan aku yang sakit sangat. Nak kata lengoh, bila picit, sakit, tapi nak kata sakit aku rasa macam lenguh.Wah, gawat dah ni.

Sabtu, hari pekerja pun aku dah tak sedar diri dah. Kesian babah buat persiapan sendiri sebab Ahad dia dah nak ketempat baru.Aku pula terlantar kat tempat tidur. Sekejab ok, sekejab tak. Demam tak kebah. Makan ubat, ok sejam dua, lepas tu demam balik.

Aku dah bagi tau dia, Ahad kalau masih lagi demam aku nak jumpa doktor juga. Dan malamnya aku masih lagi demam. Pagi Ahad, Aliah dah komplen, dia demam juga.Kami berdua pergi jumpa doktor.

Dah dapat ubat. Doktor bagi aku ubat H1N1 sebab dia kata aku golongan berisiko tinggi. Tak kisah lah, kalau tak sihat, apapun kita sanggup buat.

Sampai saja rumah, babah bagi tau, aiman pula demam, dah sampai terketar-ketar dah sejuk. Tunggu babah bertolak dulu baru keluar ambik ubat Aiman pula. Aduh, nasib baik la aku dah sihat sikit, kalau tak tak tau la macam mana nak handle. Aku, Aliah dan Aiman.

Malam ni, kedua-duanya masih panas badan lagi. Aku cuma batuk saja yang agak teruk. Harap semuanya akan pulih seperti semula.

No comments: