Thursday 29 April 2010

Risau

Semalam petang dia called aku pukul 4.30 petang minta keluar awal.Selalu dia sampai kat tempat aku pukul 5.15pm-5.20pm. Tepat pukul 5, aku terus turun cepat-cepat dan selepas punch terus menuju ke tempat dia selalu menunggu. Memang dia dah ada menunggu. Rupanya dia demam dan tersilap melihat jam. Dia ingat dah pukul 5 petang semasa dia keluar dari office sebelum itu tapi rupanya dia keluar pukul 4 petang.

Aku memang dengar suaranya berlainan semasa dia called aku sebelum tu. Dia memang demam teruk. Panas sangat.Tapi degilnya melampaui batas. Ajak jumpa doktor hospital, tak nak. Pergi juga kat klinik swasta.Bukan apa, salah satunya aku kerja dengan hospital kerajaan dan yang keduanya aku nak dia diinvestigate sepenuhnya. buat ujian darah,check tekanan darah dan ambik proper cuti sakit.

Dalam perjalanan balik, kami singgah ke klinik swasta. Aku bersama dia tapi dia masuk sorang jumpa doktor. sekejab saja, tak sampai 5 minit dah keluar dari bilik doktor. Aku tanya, berapa suhu badan, dia jawab, tinggi. Berapa? Dia jawab, tak tau. Aku tanya, ada check tekanan darah,dia kata ada. Aku tanya, berapa. dia kata tak tau. Babah, babah, dia memang merisaukan aku.Selama ni dia menghadapi masalah tekanan darah rendah. Aku nak sebok masuk juga jumpa doktor, nanti doktor kata aku sebok pula sebab dia dah dewasa, bukannya budak-budak tapi itu lah dia, semua buat tak kisah. Dia tak tau aku sangat-sangat risaukan dia.Tambahan lagi. Ahad nanti, dia akan memandu sendiri ke KL.

No comments: