Wednesday 5 May 2010

Sakit sebelum sihat

Saya tak sihat, saya malas cakap, saya tak ada mood nak cakap. Dia dok tanya macam-macam juga. Awatlah tak leh faham ni. Pi la tempat lain. Banyak lagi orang lain yang boleh pi cakap. Saya tak sihat la. Saya tak mau cakap la.Please la.

Kak, saya punya kad dah ada ka. saya nak masuk jumpa doktor. Tak sihat sangat la. Nasib baik kak pidah jumpa kad aku,cepat-cepat aku lari pi jumpa doktor, lepas tu blah terus dari situ tak pandang kiri kanan dah. Aku memang suka jumpa dia tapi aku betul-betul tak ada mood nak cakap. Aku betul-betul tak sihat.

Masa kita tak sihat kita akan turn of diri kita 100%. Kita tak mau jumpa sesiapa, sembang dengan sesiapa, kita tak peduli pinggan tak berbasuh, rumah tak berkemas, keluarga tak makan, sampah dah mula busuk, rumput dah panjang sedepa, pokok tak bersiram, longkang tersumbat, kain baju tak berbasuh dan segala-galanya. Masa tu kalau boleh nak baring saja. Tak nak buat apa-apa.Apa yang mampu kita lakukan sedangkan untuk suap makanan dalam mulut sendiri pun kita rasa malas. Semua makanan yang selama kita sihat sangat melelehkan air liur menjadi begitu meloyakan tekak kita semasa itu. Apa lagi yang boleh kita buat?

Masa kita sihat, kita membebel saja kalau semua yang diatas tak menepati kehendak kita. Kita nak semua sempurna. Nah, bila kita sakit, apa yang mampu kita lakukan? Oleh itu hargailah masa sihatmu. Seminggu aku demam sekejab, ok sekejab, demam lagi, ok lagi, begitulah perasaanku. Kataku pada dia, kalau tengok aku on laptop bermakna aku ok, kalau tak dia patut susah hati.

HARGAILAH 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA. Sekarang padaku masa sihat sebelum sakit.

No comments: