Thursday, 13 May 2010

Dugaan

Aku tak nak berfikir banyak-banyak, nak relax dan hadapi saja apa yang berlaku. Aku cuba menjadi sebaik-baik manusia tapi aku tak boleh mengharapkan semua orang menerima aku seadanya aku. Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup baik tapi sebenarnya banyak benda yang tak elok yang tak disukai orag yang kita lakukan tanpa kita sedari. Maka berlakulah konflik. Air mata pun mengalir.Lepas tu perangai yang tak elok pun keluar la...

Tuhan, aku nak jadi manusia baik. Aku nak sangat-sangat. Tolong lah. Aku nak apa saja yang aku buat disenangi orang. Aku dah kehilangan mood yang sangat-sangat ni.Aku benci sikap aku sendiri.

Ya Allah ya tuhanku. Aku memohon perlindunganmu. Berikanlah kekuatan padaku menghadapi apa saja. Limpahkanlah rahman dan rahimmu pada kami, ya Allah.Berikanlah rahmat dan limpah kurniamu ya Allah. Aku mohon perlindungan darimu. Tenangkanlah hatiku, berikanlah kebaikan padaku dan keluarga serta semua umatmu yang beriman, ya Allah. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan, semangat dan hidup yang penuh dengan kasih sayang. Hanya padamu ku berserah. Amin ya rabbala'lamin.

4 comments:

-niD's- said...

sabar yea sayang....sume nie DUGAAN DR YG MAHA ESA....kdg-kdg bila kita terlalu alPa dengan si pencipta dia akan duga kita......

apa yg pasti banyak kan bersabar, tenang dalam menempuhi setiap dugaan yg datang...DAN YG PASTI BILA HATI DALAM Keadaan resah gelisah, mengadulah pada DIA....banyak baca AL-QURA'AN ...insyaALLAH hati akan tenang kembaLi..HANYA DIA mamPU membantu kita tatkala dalam kesulitan, kesedihan, dan kesenangan....

sabaq yea.....

Hayati said...

Alhamdulillah. Semalam bermuhasabah diri, merenung apa yang salah, memikirkan apa bala yang akan diturunkan, dan InsyaAllah, hari ni hati tenang. masalah hilang sedikit demi sedikit.Hanya pada tuhan kita berserah. Terimakasih Nids, saya semakin ok.

Ieyja Fesal said...

sakam Kak Yati..

Kehidupan ini sebenarnya banyak dugaannya. Gelagat dan tingkah manusia juga banyak kepelbagaiannya. Untuk menghadapi semua itu perlukan ketenangan dan kesabaran. Anggaplah itu semua adalah dugaan dan cabaran selagi kita masih bernafas di bumi tuhan ini. Pasrahkan diri pada ilahi.. Insyaallah...

Hayati said...

TQ ija. Semua masalah dah selesai. Alhamdulillah.Masa tu kak yati rasa hanya tuhan yang tau hati dan perasaan kak yati Kalau time tu ambik exam, sure failed. Sakit kepala.