Friday 14 May 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah, segala masalah dah selesai. Masalah yang menakutkan. Tak dapat nak dibayangkan kalau benar-benar ianya menjadi seperti apa yang aku bayangkan. Syukur, Alhamdulillah, ianya tak berpanjangan.

Hari ni aktiviti biasa. Babah dah habis exam PTK dia. Tangahari tadi keluar beli apa yang dah lama aku nak beli. Apa lagi, bila dah senang hati boleh la shopping. Minyak wangi. Aku sangat suka minyak wangi SENSOUS. Sangat-sangat suka.Dah dapat satu, senangnya hati aku.Botol lama dah masuk tong sampah.

tadi balik kampung. hari ni diet aku betul-betul rosak.Tengahari tadi ajak babah pi makan kari kepala ikan. Walaupun tak ambik nasi, aku makan dua ketul tauhu masak sambal, kepala ikan lagi. Balik kampung, mak pula masak pulut kuning dengan kari telur, untuk kenduri. Alamak, makan lagi sebab takut nanti dia kecik hati.. Orang tua-tua ni kalau kita tak makan, dia memang akan kecik hati. Dia tak kira kita sekarang sedang kira kalori atau tak, makan tetap kena makan. Dah sedap, bertambah la, apa lagi. Esok nak diet balik dan lusa kalau boleh nak puasa. Lagi pun ada lagi sehari dua belum selesai ni.

No comments: