Wednesday 26 May 2010

Bukan Senang

Tak tau aku apa sebenarnya motip sapinat pi tutup blog dia. Aku kat sini gundah gulana dia tak tau. Tapi walau apa pun, muga keputusan yang sapinat ambik mendatangkan kebahagiaan pada dia. Aku selalu dok kata, dia blogger popular sebab tu ramai yang dengki. Tapi aku tak puas hati ni selagi aku tak tau apa motip dia tutup blog dia tu. Pinat, apasai ni?

Balik kerja tadi aku terus pi ambik treatment. Alamak, timbang hari ni naik pulak 700 gram dari minggu lepas. Uwaaa...orang kuruih tak apa la naik 700 gm tapi aku gemuk. 700 gram tu banyak sangat tu.Lepas tu masa balut badan aku tu dia kata 20 minit tapi aku rasa dia hentam sampai 1/2 jam. Banjir dah tempat aku tu dengan peluh,sampai terpaksa tekan loceng pangge depa mai buka blanket aku tu. Ni yang aku tak puas hati ni. Kadang-kadang aku malaih nak cakap banyak-banyak, aku iakan saja apa-apa pun. Malaih. Ada lagi 26 sessi. Doakan kejayaan aku ya. Walaupun bermacam-macam benda orang dok cakap kat aku, aku tetap bertekad. Kali ni aku mesti turunkan juga berat aku dan jaga makan dengan sesungguhnya. Aku sayang diri aku dan keluarga aku. Lemak-lemak tepu ni dah berpuluh tahun melekat kat badan aku, tak boleh turun dengan sekelip mata, mesti ambik masa. Bukan senang nak bagi kurus berbanding senang sangat nak bagi aku gemuk.

Hari ni lega sebab bengkel kami tu dah habis dah.Esok boleh la senang-senang hati buat kerja aku yang biasa. Aku tak nak dok di pulau. Aku nak balik seberang perai. Bukan senang nak tunggu giliran ni tapi aku rasa senang pasal budak baru kat tempat aku ni selalu buat kerja aku. Sikit dia tak heran pengalaman aku yang dah 20 tahun ni dengan pengalaman dia yang baru 2 tahun. Oleh sebab itu, aku harap, senang la aku bertukar nanti sebab semua kerja pun dia nak buat. Ambik la, aku pun tak mau.

2 comments:

Rozy said...

kak yati pi slimming session ka?
semoga berjaya..

Hayati said...

ya, dok usaha sesungguh-sungguhnya ni tapi masak tetap masak.