Tuesday 25 May 2010

Kursus

Aku memang paling tak suka kalau kena pi kursus atau bengkel. Kat HPP ni, tak larat nak pi kursus. Berpuluh-puluh hari dalam setahun dari 7 hari yang ditetapkan dalam SKT. Kat HSJ, aku tak berpeluang lansung kursus atau CME tapi kat sini, tak larat aku nak pi dah. Baru bulan 5 dah lebih dari 7 hari dah aku berkursus. Bulan 6 nanti lagi 3 hari aku kena berkursus. Tak nak pi boleh tak?

Sebelum Aiman pergi sekolah tadi ada tanya dia, nak makan apa malam nanti. Jawabnya nak baked beans, sosej, telur dan roti.Aliah pun ok saja dengan benda yang sama. Akhirnya malam ni...walaupun roti tu bukan aku buat sendiri. Nanti nak kena buat roti sendirilah pula. Bukannya susah pun, masuk saja dalam cik BM, cukup masa siap la tapi selalunya nak makan tak dirancang. Kalau rancang awal-awal, ok la kan?


Roti+sosej keju+telur hancur+sardin

Hari ni hari terakhir puasa ganti aku untuk tahun lepas. Alhamdulillah. Lega. Esok aku nak puasa lagi, InsyaAllah. Perut ni kalau tak puasa susah nak kontrol. Buka puasa sekarang ni aku tak kisah sangat. Cukup dengan air kosong dan kurma.Tahun ni aku bertekad kalaupun aku tak dapat buat Isnin Khamis, aku nak puasa Rejab Syaaban walaupun sehari. Kadang-kadang kita lalai, kita lupa tau-tau dah Ramadan. InsyaAllah. Aku cuba.

No comments: