Sunday 16 May 2010

Selamat Hari Guru



Hari ni 16 Mei hari guru. Sesungguhnya semua orang adalah guru tapi tiada nama khas yang diberi untuk semua orang sebagai guru atau cikgu. Cuma yang mengajar saja yang dipanggil cikgu.

Aku pernah juga menjadi guru kemungkinan setahun kot. Dah lupa la tapi masa tu masih ok lagi studentnya.Masih lagi mendengar cakap walaupun nakal.Tapi kalau sekarang ni nak aku menjadi guru, minta ampun, minta maaf, hanya orang yang terpilih saja yang boleh. Aku rasa aku kekurangan kesabaran untuk menjadi guru walaupun kadang-kadang ada student yang datang belajar dari kami.

Masa kerja kat HSJ, aku juga menjadi guru selama 10 tahun, sendirian mengajar student yang buat latihan. Kira guru juga la kan? Tapi yang datang tu semua yang dah terpilih, yang mendengar cakap, bukan yang tangkap muat.Memang tak pernah ada masalah cuma ada yang malas dan ada yang rajin saja. Itu bukan masalah pun sebab awal-awal aku dah cakap, kalau nak pandai kena rajin, kalau tak nak terpulang. Biasanya budak-budak tu semua cuba lah juga menjadi rajin walaupun tak cukup rajin.

Kenangan masa sekolah rendah hingga sekolah menengah kadang-kadang macam nak saja aku cari guru-guru aku dulu tapi babah bukan jenis tu. Dia selalunya tak ingat pun nama cikgu dia.Pada dia mungkin tak perlu nak buat benda tu semua. Cukupla agaknya dia jadi anak murid yang baik, yang membanggakan cikgu dia walaupun nama cikgu dia pun dia tak ingat.

Masih aku ingat cikgu Razali, guru kelas darjah 1 aku.Darjah dua pun masih dia, darjah 3 cikgu zaiton, darjah 4 cikgu marzuki, darjah 5 cikgu zainudin dan darjah 6 cikgu othman.Semuanya ada kenangan tersendiri. Aku bukan budak nakal jadi tidak ada kenangan nakal di sekolah baik sekolah rendah atau sekolah menengah.Aku murid baik yang disayangi guru. Dulu masa darjah 1 dan 2, biasanya ada satu masa untuk kelas mengeja.Sebagai budak baik, semestinya aku berada dimeja depan, depan meja cikgu. Bila cikgu habis membaca dan kami tulis dalam buku latihan, cikgu selalu akan tanya aku dulu samada dah habis atau belum. Kalau aku dah habis, cikgu akan terus baca ayat lain pula untuk ditulis.Kalau aku belum habis, dia tak akan baca ayat lain sehingga aku habis.

Semua cikgu sekolah rendah baik dengan aku dan kami mempunyai satu kelompok yang selalu berada dikelas terbaik dan mendapat tempat terbaik. Sehingga darjah 6, dibawah cikgu Othman, aku masih antara yang tebaik dan masih mendapat tempat dihati cikgu. Dulu satu guru mengajar banyak subjek, tak macam sekarang dimana cikgu ada tugas khas masing-masing.

Masuk sekolah menengah pun aku masih menjadi perhatian cikgu. Masih aku ingat masa tingkatan satu, dulu masa untuk mendapat buku teks agak lama, jadi sementara menanti buku teks, kami isi kelas dengan membaca novel-novel yang top karangan Shahnon Ahmad.Aku lah jadi tukang baca depan kelas. Masa tu guru kelas aku, cikgu Johari. Baca la aku setiap hari untuk kawan-kawan sampai kami start kelas. Masa sekolah rendah setiap tahun aku cuma jadi ketua kelas tapi masa sekolah menengah naik pangkat sikit, jadi pengawas pulak.

Masa tingkatan dua, aku bertukar sekolah dari sekolah lama aku tapi paling tak boleh lupa cikgu Halim, garang yang amat, cikgu matematik kami. Cikgu Wahab, also garang malangnya aku tak ingat dia ajar subjek apa dan cikgu Azizan, cikgu sejarah kami.Cikgu Azizan tak garang tapi tegas. Isteri cikgu Azizan, cikgu Ruwaida baik sangat-sangat, guru sains rumah tangga kami. Sebab baik punya pasal, masa tingkatan 3, aku kena berdiri luar kelas sebab malas menjahit. Masa tu Puan Zainon guru SRT kami. Budak baik kena berdiri luar kelas, memalukan.

Masa tingkatan 3 juga, aku ada guru kesayangan yang juga selalu lebihkan aku. Cikgu BI aku. Cikgu ni best, semua novel BI yang tebal, dia bagi kat aku kononnya aku boleh baca. Kat student lain dapat novel nipis saja. Dulu ada minggu BI kat sekolah. Setiap kelas akan ada acara kat stage untuk hari perhimpunan. Bila kena time bulan BI, maka setiap kelas akan ada wakil naik atas stage buat show. Aku tetap juga kena baca buku atas stage. Agaknya muka aku ni, kena dok baca buku saja depan orang. Nasib baik aku tak jadi cikgu, kalau tak sampai sekarang dok kena baca buku depan kelas.

Tingkatan 4, aku dah start low profile. Masa tu dah mula belajar kelas sains. Aku bukan lagi budak famous kat cikgu sebab banyak lagi student lain yang aktif kat sekolah aku. Tapi masih lagi dikenali oleh cikgu. Ingat lagi cikgu Add math aku, mrs Kang, cikgu BI, mr Heng, cikgu fisik, Mr Lim, cikgu kimia, Mr Beh, cikgu Bio, cikgu Noriah,cikgu geografi, cikgu Omar,cikgu modern math, cikgu Muzlifah. Semuanya masih kuingat.

Terimakasih semua guru-guru dari sekolah rendah, sekolah menengah dan sampai ke kolej kerana menjadikan kami seperti kami hari ini. Dulu ibu bapa memang tak ada nak mengajar anak-anak. semuanya mengharapkan cikgu dan kami bertuah sebab mendapat cikgu yang baik dan menyebabkan kami semua menjadi orang.

Selamat Hari Guru juga untuk sesiapa saja yang bergelar cikgu secara rasmi atau tidk walaupun cikgu masak. Selamat Hari Guru.

No comments: