Monday 26 April 2010

Teruja

Pertama kali aku membaca catatan Puan Roza, isteri Prof Kamil, pengarah UiTM Johor, aku dah tertarik sangat dengan gaya bahasa dan cara beliau bercerita, sementelah pula aku suka membaca dan aku sangat-sangat berharap Puan Roza akan sekurang-kurangnya menerbitkan sebuah novel dan Alhamdulillah akhirnya memang Puan Roza terbitkan tulisan tersebut.

Aku ingin menjadi antara yang pertama memiliki hasil tulisan beliau dan sudah pastilah sebenarnya bukan yang pertama pun tapi beliau buka pesanan untuk 120 orang yang pertama dan akhirnya aku mendapatnya jua dengan ditandatangani Puan Roza sendiri. Aku sungguh teruja.

Malangnya semasa buku tersebut sampai aku masih belum membuat pembayaran dan aku merasa amat-amat bersalah.Terimakasih Prof dan Puan Roza sebab memberi sepenuh kepercayaan.Tak sedap pula nak membaca atau menggunakan benda yang belum berbayar tapi akhirnya Jumaat lepas aku dah selesai membuat pembayaran. Jadi dengan lafaz Bismillah, buku tersebut telah aku buka dan baca. Sayang ni nak baca banyak-banyak takut cepat habis, jadi aku cuma baca bila aku benar-benar tak ada benda nak dibuat.



Inilah buku yang aku maksudkan.

Minggu depan babah akan mula bertugas ditempat baru. Harap semuanya berjalan lancar dan babah akan seronok disana begitu juga dengan kami yang ditinggalkan disini. Nampak macam happy saja dia dan aku ingat dua perkara yang selalu diulang tayang kat aku. Jangan cakap banyak sebab orang yang cakap banyak, banyak buat salah dan jangan harap tempat baru akan sesuaikan diri dengan kita tapi kita yang mesti sesuaikan diri dengan tempat baru. Selamat bertugas ditempat baru nanti.

No comments: