Tuesday 13 April 2010

Panas

Tak tau lah rasa kebelakangan ni sangat-sangat panas. Kalau boleh aku tak nak pi mana-mana,nak dok rumah saja. Kerja pun tak nak pi sebab tempat kerja aku tu panas yang amat. Kami pakai centralise punya aircond, minta dah berkali-kali, tukar boss pun dah berkali-kali tapi tetap sama. Mesin kat dalam lab pun asyik menangis saja, bising sebab panas, suhu tinggi melampaui normal, maunya mesin tak nangis. Tapi ada satu mesin tu menipu betul. Internalnya selalu tinggi, rupa-rupanya rosak. Petang tadi aku minta saja HSS buang saja temparature kat mesin tu, pakai saja temparature external. Esok nanti tengok lagi macam mana.

Kat rumah ni, aku asyik dok dalam bilik saja sebab malas nak keluar,panas sangat. kat luar pun boleh on aircond tapi sebab kat luar besar, power aircond tak cukup kuat, jadi aku lebih suka berkurung dalam bilik saja. Biasanya duduklah aku sorang-sorang dalam bilik sebab tak ada satu umat pun dalam rumah ni nak tengok TV atau nak buat aktiviti macam aku. Tengok TV3. Itu saja channel aku. Orang lain tengok lain-lain selain TV3. Ha ha ha, biar la aku sorang tengok TV3. Babah cuma tengok berita dengan movie hari Jumaat saja tapi aku bantai semua rancangan aku tengok kaedahnya.

Kat tempat kerja berpeluh-peluh punya panas.Kalau nak sejuk, rajin-rajin la turun kat jabatan aku, baru la rasa sejuk. Masa seharian, berjalan dengan panasnya. Terfikir juga, itu cuma panas dunia. Macammana ya panas NERAKA? Tak dapat nak aku bayangkan. Takut...

No comments: