Monday 12 April 2010

Cerita apa saja

Menghadapi kerenah anak-anak kadang-kadang menyakitkan hati, menyebabkan rasa marah dan mengundang bermacam perasaan tapi mereka juga memberi kebahagiaan, keseronokan dan keriuhan walaupun sebenarnya mereka tak riuh pun. Punya 3 orang anak yang berperangai berbeza membuatkan hidup kami berwarna warni. Sebenarnya aku nak anak ramai tapi sebab sakit sangat masa bersalin, ok lah, 3 orang pun dah cukuplah walaupun impian aku sebenarnya nak 4 orang. Cukuplah dengan rumah comel kami,dengan 3 orang anak kami dan kami berdua. Rumah comel yang amat membahagiakan kami.

Hari Sabtu dan Ahad lepas, aktiviti penuh. Rasa macam tak cukup masa duduk rumah. pagi kerja lain, petang kerja lain hingga ke malam tadi hantar abang ke stesen keretapi untuk train pukul 11.30 malam. Hari ni dah kerja balik semula.

Hari ni pula dengan aktiviti biasa, sebok. Tapi petang tadi mengundang bahagia bila aku dapat laptop baru. Terimakasih babah. Laptop lama aku dah rosak screen. Lepas tu tiba-tiba saja mati sendiri. Aku ingat lambat lagi nak dapat laptop baru tapi hari ni dah dapat. Alhamdulillah. Terimakasih sekali lagi untuk babah.Aku juga ada PC tapi PC tu tak best sebab setiap kali keluar dari FB kena masuk password.Jadi terpaksa la aku ulang-ulang masuk password. Harap laptop baru ni dapat selesaikan masalah aku.

3 comments:

Hulabalo said...

Hang baru 3 orang..aku 5 orang lagilah banyak kerenah..ada sorang bapak tu 13 orang anak...tak tahu nak cakaplah camner..ha ha

Terang cakap arr..masa aku muda tak mau anak ramai...serabut..bosan..bla bla lagik...bila usia dah meningkat nie..aku rasa nyesal lak anak sikit.

Apa aku tengok untung anak ramai..paling kurang 10...bila besar mak oii seronok tak terkira...balik raya berderet kereta...nak semelih lembu 2 ekor pun ramai tentera..ha ha

Betul per aku cakap..untung anak ramai...susah masa jaga itu biasa..anak 3 pun susah jugak..

Hayati said...

Anak ramai ke, sikit ke, kerenahnya tetap sama cuma ramai lebih banyak la kerenahnya.Orang dulu paling kurang 6 orang atau lebih tapi cabaran masa tu tak banyak macam la ni dan tak sehebat la ni. Tu la, nak anak ramai tapi tak terjaga. So, ikut kita la, nak ramai ke nak sikit. Harap semuanya menjadi anak kita yang baik. Itu saja.
Terimakasih bagi komen. Terkejut saya macam baru lepas disergah. He he he...

Nabilatul Huda said...

Yalah..anak2 mmg macam2 kerenah..Tp barulah meriah..Org2 yg tak da rezeki tu lg kesian..