Wednesday 14 April 2010

Cerita lah lagi...

Esok pagi babah nak pi meeting kat putrajaya.Aku kena drive sendiri. Tak suka, tak suka. Babah, mama nak cuti....tapi malangnya aku tak leh cuti. Kami tak cukup staff.Malasnya aku bile kenangkan esok tetapi terpaksa juga aku merajinkan diri bawa keta.Huaaa... tak mau, tak mau...

Hari ni macam biasa, panas la lagi. Complaint kali yang ke20 pasal aircond. En.Razak naik lab kumpul komplen tadi. Wah, terkejut juga sebab selama ni aku tak pernah kira pun.Semalam dan hari ni saja ada dua komplen. Harap lepas ni akan sedikit ada perubahan. Suhu fridge pun dah stabil cuma BACTEC 9050 tu dok asyik nangis sebab panas. Kesian dia...belajarla berpanas sikit tapi anak mat saleh, camna leh tahan panas terik kan?

Babah pula pagi tadi dah merungut kesiankan anak dia sebab terpaksa tidur dalam panas. Aliah tak nak aircond sebab kesian babah kena bayar letrik banyak nanti. so aku cadangkan babah beli saja aircooler. Rupanya rasa sayang babah kat anak dia tu menyebabkan petang ni terus ke kedai letrik dan beli satu aircooler untuk anak dia. Bertuahnya aku dan babah dia punya anak macam Aliah yang tak nak menyusahkan ibubapa. Tak apa sayang, kalau babah dan mama berikan sesuatu tanpa sayang memintanya bermakna kami masih lagi boleh hidup dengan apa yang kita ada. Babah dengan mama nak anak kami selesa dan sudah tentu setiap ibubapa jika mampu akan berikan yang terbaik untuk anak-anak tambahan lagi jika anak tu tak banyak kerenah. Terimakasih kerana jadi anak kami yang baik selama ini.

Petang tadi masa balik, singgah kedai makan, order nasi goreng ikan masin tapi boleh pula nasi goreng ikan masin ada isi ayam degan banyaknya. Tak kena tema ni.Tak puas hati nih. Nanti aku nak goreng sendiri nasi goreng ikan masin ikut suka hati aku.

Apa lagi aku nak cerita? Apa ya...Tak apa la...chow dulu. Nanti ada idea, cerita lagi. Wassalam.

No comments: