Thursday, 15 April 2010

Gembira, tak suka...


Aku yang pertama dan keretaku didepan sekali.


Dalam perjalanan pagi tadi, gambar diambil dari dalam kereta. kereta orang depan.


Mata tak lepas memerhatikan arahan dari pemuda berbaju biru tersebut takut aku terlepas pandang dan orang belakang akan marah aku nanti.


Babah ke putrajaya pukul 4 pagi tadi. Ada 2 meeting kat sana hari ni, pagi dan petang dan InsyaAllah sekarang dalam perjalanan balik. Biasanya babah tak pernah bermalam kalau meeting boleh selesai dalam satu hari.

Aku buat pertama kalinya hari ni bawa kereta melalui feri. Fuh, ketar tuhan saja yang tau sebab selama ni dok jadi co driver saja. Tapi tabahkan hati dan tuhan tenangkan hati aku. Benda yang aku nak elakkan sangat ialah bila terpaksa gunakan jalan kereta tingkat atas dalam feri dua tingkat untuk kenderaan. Dan at last aku terpaksa guna tingkat atas dan jadi orang yang pertama yang naik.

Selalunya aku tak boleh tahan panas kalau tingkap kereta tak dibuka tapi hari ni aku kesejukan dalam kereta sebab ketidak stabilan emosi kerana terpaksa bawa kereta naik feri. Mungkin pada orang lain, perkara ni kecik saja tapi bagi aku, ianya amat BESAR. Alhamdulillah, akhirnya aku dah sampai rumah petang ni.

Tengahari tadi Ana called aku beritahu satu berita. Aku patut gembira dengan berita tersebut tapi malangnya aku tak gembira langsung. Aku nak ianya berlaku tapi aku taknak babah pergi jauh dari aku. Tapi sebagai seorang suami yang bercita-cita tinggi, apalah yang mampu dilakukan lagi. Babah terpaksa juga berhijrah. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan asalkan babah jangan tinggalkan mama terus ya...

Aku terpaksa plan hidup aku semula selepas apa yang berlaku ini. segala perancangan kami bulan puasa, hari raya untuk tahun ini terpaksa dirombak. aduh, babah, mampukah mama hadapinya sendiri nanti. Tawakal saja lah dan Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Amin.

6 comments:

Surihaty said...

Assalamualaikum Yati..

Jauh ke berpisah tu.. Semoga Allah taala memudahkan semua.

Hayati said...

Waalaikumussalam kaksu. Terimakasih tinggalkan jejak disini. Tak lah jauh kak su tapi jadual hidup totally berubah.

Rozy said...

hubby kak yatie transfer mana?
kak yatie takot drive nek feri yaa..
rozy suka kalau dapat tingkat atas dok depan sekali..view sanagt santekk

Pnut said...

eheheh tahniah berjaya turun feri juga...

kak, hubby nak kemana???

Hayati said...

Rozy, memang kak yati sangat-sangat takut naik feri dengan memendu kereta sendiri. Macam-macam yang kak yati fikirkan...

Hayati said...

ha ha ha... ni dah 2 hari turun dari feri ni. dok rumah.