Friday 16 April 2010

Hmm...

Hari ni kami berdua bercuti konon nak selesaikan income tax. Buat taksiran baru, bayar yang lama punya. Nan hado...buatnya aku sorang saja yang bercuti. Janji tinggal janji manismu. Pergi kerja sekejab, sampai sekarang pun tak balik-balik lagi. Last-last cakap, babah tak cuti la mama. Hua...sampai hati bah buat mama macam tu. rugi cuti mama satu hari tau...Apa pun tak buat. Nganga kat rumah saja sebab babah kata tunggu babah balik baru kita pi income tax. semua tak jadi. Kerja didahulukan kerana itu sumber pendapatan.

Jadi aku keluar dan habiskan masa berpoya-poya dengan anak daraku. Kami pi shopping barang dapur. Beli itu sikit, ini sikit. Lebur la duit aku.

Satu hari tu, aku pi rumah Seha, makan tengahari. Dia masak sardin, sedap sangat. Masalahnya ialah kerana sardin tu, setiap hari aku teringat. Bukan setakat sedap tapi aku tak sangka aku habiskan sardin makan tengahari mereka. Aku sebenarnya tak tau sardin tu sebenarnya tinggal sekor saja. Aku angkat dan habiskan. Kemudian aku nak ambik kuah dan bawang-bawang dalamnya tu dan aku cari lagi sardin dalam tu, kononnya kalau aku makan satu, masih ada bakinya untuk mereka. malangnya kacau dalam, kacau luar dah tak jumpa sardin dah. Aku jumpa bawang saja. Hu hu, bersalahnya ku sebab aku makan sardin sekor. Entah-entah sardin sekor tu untuk mereka anak beranak. Seha memang tak kisah dan aku tau dia ikhlas tapi rasa bersalah menghantui fikiran aku setiap hari.

Lega aku hari ni sebab aku dah ganti balik sardin yang aku habiskan hari tu siap aku bagi aku punya sardin lagi untuk Seha masak nanti.Nanti dah bayangkan mesti sedap Ahad nanti makan sardin yang Seha masak. kalau Seha masak apa pun sedap. aku suka makan apa saja yang dia masak walaupun dia masak merapu campur macam-macam. Fuhh, lega dah hutang sardin aku. Lepas ni babah dah tak perlu lagi dengar aku cerita pasal sardin untuk Seha.

No comments: