Wednesday, 7 April 2010

Aiman





Dah dua tiga hari Aiman sembelit. Perut memulas tapi tak ada hasilnya. Aku risau sebab bila Aiman kata sakit dan dia tinggalkan komputer bermakna dia memang sakit. Semalam blackout kat kawasan perumahan aku. Aiman datang kebilik mengadu dia sakit lagi. Tak boleh jadi sebab kalau nak tunggu Sabtu, lambat lagi.

Tadi aku bawa dia keklinik dan terpaksa ambil cuti kecemasan hari ni. Terpaksa sangat sebab aku risau dengan kesihatan dia.Alhamdulillah, tengok malam ni dah ok. Doktor bagi ubat angin dan ubat sembelit. Dia pun dah ketandas macam biasa.

Anak-anak sakit walaupun ringan amat membimbangkan aku. Sekarang ni macam-macam benda berlaku, kerisauan itu tak dapat dielakkan. Bila anak-anak sakit, aku rasakan biar saja aku yang sakit. Risau teramat-amat.

Dalam sakit-sakit tu masih lagi sempat pi makan Mc D sebab rasa perut tu bukan selalu datang. Bila masa memulas tu, berhenti makan sekejab, bila dah ok, dia pun makan balik. Aiman, Aiman.

2 comments:

Jemari Seni said...

Kak Hayati... Geramnya tgk Aiman!!!
Betol Kak kalau anak2 yg sakit kita yg tak tido mlm risau.

Hayati said...

Aiman macam tu la. Sekarang dia berdiet tapi ada certain-certain food yang dia tak boleh tengok. Nak juga...