Wednesday 7 April 2010

Tribute untuk Mohd Sofiee Md Nor


Happy belated birthday babah yang ke 47. Alhamdulillah tuhan kurniakan babah sebagai suami yang baik kepada mama dan bapa yang baik kepada anak-anak. Tiada apa lagi yang mama perlukan dalam hidup ini kecuali mempunyai suami yang seperti babah. Mati hidup balik sekalipun mama sangat-sangat menghargai babah.Cuma satu saja yang mama harapkan, SEMUGA BABAH TIDAK AKAN BERUBAH perangai.

1 April hari tu b'day babah. Banyak juga yang berlaku. Aku nak masukkan entry pada 2 hb tapi 2 hb tu Din Beramboi meninggal dunia.Tribute juga untuk Din yang memang kami kenal dan suka tambahan lagi babah, tak pernah dia gelak besar kalau pelawak-pelawak lain berlawak, tapi kalau Din,wah, gelak besar dia. Pernah masa Din kerja dengan THR, bertugas dalam pukul 12 malam lebih dengan Abby Fana, dia boleh tak tidur dok dengar Din merapu dengan Abby. Kedua-duanya memang ngam sangat. Kaki merapu. Hari ni tiada lagi Din Beramboi untuk menghiburkan hati orang. Alfatihah sekali lagi untuk Din.

Berbalik cerita birthday babah,hari pertama tu aku hantar coklat by post, buat sedikit kenduri kesyukuran untuk dia di office. Makan pulut kuning dengan rendang ayam, kek dan tepung bungkus yang dia suka. Aku akan cuba membuat apa saja yang dia suka sebab aku mahu dia bahagia dengan apa saja yang kami lalui bersama.Hari kedua, dia pula buat kenduri untuk staff dia. Hari ketiga hari Sabtu. Kami ingat nak raikan anak beranak dengan makan special kat luar tapi sebab keluarga datang dari kampung, maka kami keluar beramai-ramai saja. Hari Ahad, kami tak ada apa-apa aktiviti kecuali keluar membeli apa barang yang patut.

Hari Isnin, aku ada buatkan 3 jenis kek untuk dia bawa makan dengan kawan-kawan kat office sebab dia tak puas hati dengan kek yang aku tempah hari tu. Banyak komplen la pula. Aku buat ciskek, kek orange dan brownies. Puas hati dia. Ending celebrated b'day dia untuk tahun ni. SELAMAT HARI LAHIR BABAH. Terimakasih dari kami sekali lagi.

No comments: